Berita Harian

34 kawasan dikenal pasti berdepan hakisan

Fenomena air pasang besar sepanjang MTL jejas pantai di Terengganu

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my Travel · Kuala Terengganu · Terengganu · Bari · Lima · Miami · Kita-ku · Beach Travel · George Town

Kuala Terengganu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti 34 kawasan berdepan dengan masalah hakisan susulan fenomena ombak besar sepanjang Monsun Timur

Laut (MTL) tahun ini.

Pengarah JPS negeri, Osman Abdullah, berkata Pantai Pachakan dan Pantai Teluk Bayu di daerah Besut membabitka­n hakisan sejauh kirakira 900 meter (m).

Katanya, antara 12 pantai di daerah Setiu turut berlaku hakisan adalah Pantai Limau Nipis membabitka­n jarak sejauh 3,000m, Pantai Gong Baru (3,000m), Pantai Mangkuk (2,500m), Pantai

Penarik (3,000m), Pantai Penarik Baru (2,500m), Pantai Rhu 10 (3,500m) dan Pantai Sekepeng (2,000m).

Katanya, pantai lain di daerah itu yang turut terhakis berikutan fenomena ombak besar adalah Pantai Bari membabitka­n jarak sejauh 3,500m, Pantai Telaga Papan (4,000m), Pulau Besar (2,500m), Pantai Merang (2,500m) dan Pantai Payang (3,000m).

“Lima pantai di daerah Kuala Nerus yang terhakis adalah Pantai Miami membabitka­n jarak sejauh 2,900m, Pantai Tok Jembal (3,200m), Pantai Tanjung Gelam (1,200m) dan Pantai Kampung Kolam hingga Pantai Batu Rakit (4,300m) serta Pantai Pengkalan Atap sejauh 1,500m.

“Hanya dua pantai di daerah Kuala Terengganu dan satu di daerah Marang yang turut terhakis, iaitu Pantai Gong Batu Burok (200m), Pantai Istana Badariah (2,000m) manakala Pantai Rusila sejauh 6,000m,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Osman berkata demikian ketika ditanya jumlah pantai yang terhakis berikutan fenomena air pasang besar menyebabka­n berlaku ombak besar sepanjang MTL.

Lima pantai terhakis

Katanya, lima pantai di daerah Dungun yang terhakis adalah Pantai Paka di Kampung Cacar membabitka­n jarak sejauh 800m, Pantai Kuala Abang (1,000m), Pantai Pelanduk (500m), Muara Sungai Abang (500m) dan Pantai Teluk Lipat sejauh 500m.

Katanya, Pantai Kemaman antara tujuh yang terhakis membabitka­n jarak sejauh 3,000m, Pantai Teluk Kalong (380m), Pantai Rekreasi di Teluk Kalong (300m), Pantai Kijal (260m), Pantai Kemasik (250m), Pantai Rekreasi Kertih (700m) dan Pantai Ma Daerah di Kertih (700m).

“Kita jangkakan ombak setinggi 4.5m hingga 5.5m dengan tiupan angin antara 60 hingga 70 kilometer sejam diramalkan berlaku mulai malam ini (malam tadi) hingga Ahad depan,” katanya.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Pemilik Chalet Bira Pata, Abdul Wahab Othman sugul selepas dua bilik chaletnya runtuh akibat fenomena ombak besar di Kampung Tanjung, Batu Rakit.
(Foto Ghazali Kori/bh) Pemilik Chalet Bira Pata, Abdul Wahab Othman sugul selepas dua bilik chaletnya runtuh akibat fenomena ombak besar di Kampung Tanjung, Batu Rakit.
 ?? ?? Kerja penambakan batu bagi menghalang hakisan pantai di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
Kerja penambakan batu bagi menghalang hakisan pantai di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Maras, Kuala Nerus.
 ?? ?? Osman Abdullah
Osman Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia