Harian Metro

2,498 mangsa banjir berlindung di 30 PPS

- Disasters · Johor Bahru · Kota Tinggi · Kluang · Malaysia · Batu Pahat District · Tangkak · Kulai · Endau

Johor Bahru: Seramai 2,498 mangsa banjir masih ditempatka­n di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah terjejas, semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, 732 keluarga masih terjejas susulan bencana banjir di Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Johor Bahru.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi masih menjadi daerah paling terjejas membabitka­n 1,172 mangsa yang berlindung di 14 PPS.

“Di Pontian pula, 739 mangsa daripada 203 keluarga, masih ditempatka­n di 10 PPS. Manakala di Kluang, terdapat 534 mangsa daripada 161 keluarga ditempatka­n di lima PPS.

“Ada satu PPS masih dibuka membabitka­n 53 mangsa di Johor Bahru,” katanya semalam.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (JMM) tidak mengeluark­an sebarang amaran ribut petir dan hujan berterusan di mana-mana daerah di negeri ini.

Pada masa sama, Sungai Kahang yang juga sub lembangan Sungai Endau di Kluang mencatatka­n paras bacaan air sungai di tahap bahaya iaitu 14.73 meter.

Setakat jam 8 pagi semalam, Segamat, Kluang dan Batu Pahat dilaporkan hujan, manakala Pontian, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai dilaporkan mendung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia