Harian Metro

Terengganu rekod mangsa tertinggi

- Disasters · Animals · Wildlife · Extreme Sports · Sports · Terengganu · Otters · Canoeing and Kayaking · Pahang · Kelantan · Kota Tinggi · Mersing · Tanah Merah · Sabah · Padang · Canoeing

Sebanyak 1,684 mangsa banjir masih berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor setakat 6 pagi semalam.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa tertinggi masih direkodkan di Terengganu dengan 1,378 orang ditempatka­n di 14 PPS di Dungun.

Johor merekodkan 235 mangsa dengan ditempatka­n di sebuah PPS di Kota Tinggi dan Mersing; Kelantan (43 mangsa, satu PPS di Tanah Merah) serta Pahang (28 mangsa, dua PPS di Rompin).

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran

mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Antara sungai terlibat ialah Sungai Endau di Mersing, Sungai Punggai dan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor); Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatang­an (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor), Sungai Dungun serta Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

Nadma turut memaklumka­n 34 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya di Trolak Selatan di Batang Padang, Perak; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.

 ?? ?? MANGSA banjir, Mohd Dollah, 68, mengutip barang yang diseliputi lumpur untuk dibersihka­n selepas rumahnya dilanda banjir Khamis lalu di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun. Banjir lumpur yang melanda di beberapa buah kampung di Hulu Dungun adalah yang terburuk sejak 10 tahun lalu.
MANGSA banjir, Mohd Dollah, 68, mengutip barang yang diseliputi lumpur untuk dibersihka­n selepas rumahnya dilanda banjir Khamis lalu di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun. Banjir lumpur yang melanda di beberapa buah kampung di Hulu Dungun adalah yang terburuk sejak 10 tahun lalu.
 ?? ?? KHAIRUNNIS­A Mohd Bakri, 37, (kiri) dan adiknya, Mohd Lutfi, 29, membersihk­an rumah mereka di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
KHAIRUNNIS­A Mohd Bakri, 37, (kiri) dan adiknya, Mohd Lutfi, 29, membersihk­an rumah mereka di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
 ?? ?? MANGSA banjir, Za’ba Md Alias, 59, (kanan) bersama anaknya, Zulhilmi, 38, membersihk­an lantai rumah mereka yang saluti lumpur ketika tinjauan di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
MANGSA banjir, Za’ba Md Alias, 59, (kanan) bersama anaknya, Zulhilmi, 38, membersihk­an lantai rumah mereka yang saluti lumpur ketika tinjauan di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
 ?? ?? MANGSA banjir, Kamsah Sulaiman, 64, (kiri) bersama suami, Mohd Dollah, 68, menunjukka­n peralatan rumah mereka yang diikat pada tiang supaya tidak dihanyutka­n banjir pada Khamis lalu di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
MANGSA banjir, Kamsah Sulaiman, 64, (kiri) bersama suami, Mohd Dollah, 68, menunjukka­n peralatan rumah mereka yang diikat pada tiang supaya tidak dihanyutka­n banjir pada Khamis lalu di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun.
 ?? ?? ANTARA barangan penduduk di Kampung Shukor, Dungun yang diseliputi lumpur selepas kediaman mereka dilanda banjir lumpur Khamis lalu.
ANTARA barangan penduduk di Kampung Shukor, Dungun yang diseliputi lumpur selepas kediaman mereka dilanda banjir lumpur Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia