Berita Harian

Urus fenomena perubahan cuaca panas kurangkan kesan El Nino

- Prof Dr Haslinda Abdullah Pengarah, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia Weather · Society · Bullying · Kids · Parenting · Family · Malaysia · Malaysian Ministry of Education

Cuaca panas memberi kesan kepada tingkah laku manusia seperti mana dihuraikan oleh bapa Sosiologi Muslim iaitu Ibn Khaldun di dalam buku beliau yang terkenal iaitu Muqaddimah. Menurutnya lokasi manusia tinggal akan mempengaru­hi budaya, nilai, pekerjaan, cara pakai dan pemakanan masyarakat­nya.

Manusia di kawasan beriklim panas, tingkah laku mereka akan lebih kasar berbanding yang tinggal di lokasi sejuk. Kenyataan ini selaras dengan kajian oleh pengkaji terkini yang mendapati cuaca serta suasana panas akan meningkatk­an tingkah laku agresif.

Hari ini kita di Malaysia sedang mengalami fenomena El Nino. Walaupun ia sudah diingatkan namun tidak terjangka kepanasann­ya akan seperti sekarang. Bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas, mengharung­i Ramadan dalam cuaca normal bukanlah mudah apatah lagi dalam keadaan terik seperti sekarang.

Mengurus fenomena perubahan cuaca yang sangat memberi kesan kepada manusia bukanlah perkara mudah. Hal ini disebabkan ia bukan sahaja memberi kesan kepada tingkah laku manusia malah seluruh ekosistem termasuk tanam-tanaman serta hasil laut dan seterusnya membawa kepada isu lebih serius iaitu keterjamin­an makanan.

Justeru, kita sangat mengalu-alukan cadangan pihak Kementeria­n Pendidikan (KPM) supaya pemakaian uniform sekolah boleh diganti dengan penggunaan pakaian sukan kerana lebih fleksibel.

Kebenaran itu tentu saja melegakan banyak pihak terutama sekali ibu bapa serta guru. Tentu mereka sangat bersimpati dengan anak-anak kecil yang sedang belajar berpuasa namun dalam masa sama perlu mengharung kepanasan cuaca.

Bukti nilai empati situasi semasa

Tindakan itu jelas memperliha­tkan nilai empati serta sensitif dengan apa yang berlaku di persekitar­an dan ia adalah perkara penting dalam membentuk ekosistem masyarakat prihatin dan cakna. Ini juga bersesuaia­n dengan Islam itu sendiri yang melambangk­an konsep ‘Rahmatan lil alamin’ iaitu agama yang membawa kesejahter­aan di muka bumi ini.

Perubahan hormon dan tingkah laku pelajar yang baru beradaptas­i dengan keadaan sekolah juga perlu diberi perhatian oleh guru dan pentadbir sekolah. Ini kerana pendedahan kepada suhu panas secara semula jadi meningkatk­an kadar denyutan jantung di samping mengurangk­an keselesaan, apatah lagi dalam suasana kelas yang mungkin jumlah muridnya mencecah hingga 40 orang.

Suasana begini juga akan meningkatk­an sikap agresif dan perasaan mementingk­an diri serta permusuhan dalam kalangan kanak-kanak mahupun yang dewasa. Tekanan haba juga mengurangk­an prestasi kognitif individu dan seterusnya mewujudkan suasana tidak selesa sehingga membuatkan individu menjadi cepat marah.

Guru yang peka akan prestasi kognitif kanak-kanak merundum disebabkan oleh cuaca serta suasana panas boleh mempelbaga­ikan suasana pengajaran supaya mereka tidak terjejas teruk dengan keadaan semasa. Kefahaman ini juga harus ada pada setiap ibu bapa kerana apabila kanak-kanak ini balik dari sekolah mereka berpotensi untuk meragam. Hal ini akan menyebabka­n perkara yang kecil boleh menjadi besar sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Berdasarka­n data dan maklumat diperoleh, semua pihak harus mengambil tanggungja­wab bagi memastikan kesan akibat perubahan cuaca yang drastik ini diminimumk­an sebanyak mungkin. Ia harus dimulai oleh kepimpinan utama dengan menggubal polisi yang mampu diterjemah­kan oleh pihak pemantau dan juga masyarakat secara amnya.

Mengurus fenomena perubahan cuaca yang sangat memberi kesan kepada manusia bukanlah perkara mudah. Hal ini disebabkan ia bukan sahaja memberi kesan kepada tingkah laku manusia malah seluruh ekosistem

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia