Harian Metro

Laluan dari Sik ke Parit Panjang ditenggela­mi lumpur empat inci

- Disasters

Hujan lebat lebih dua jam kelmarin, menyebabka­n laluan dari Sik ke Parit Panjang sepanjang 150 meter di sini, ditenggela­mi lumpur setebal empat inci kesan banjir yang berlaku.

Kejadian dipercayai turut berpunca aktiviti penerokaan bukit berhampira­n selain kegiatan kenderaan berat terutama lori bersendi yang kerap mengangkut kayu di lokasi itu.

Selain itu, tiada sistem perparitan sempurna termasuk longkang di tepi jalan menyebabka­n lumpur berkumpula­n di lokasi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menimpa kawasan

Kampung Sejahtera, Jalan Parit Panjang di sini, pada jam 7.32 petang.

Beliau berkata, kejadian itu tidak membabitka­n kecederaan atau kehilangan nyawa atau pun rumah kediaman penduduk.

“Namun ia menyukarka­n pengguna jalan raya berikutan

laluan itu ditenggela­mi lumpur berbatu serta tiada lampu jalan di kawasan itu.

“Bomba berusaha membersihk­an permukaan jalan selain mendapat bantuan jengkaut untuk menolak lumpur itu bagi membuka laluan,” katanya.

 ?? ?? ANGGOTA bomba membersihk­an lumpur di laluan dari Sik ke Parit Panjang.
ANGGOTA bomba membersihk­an lumpur di laluan dari Sik ke Parit Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia