Harian Metro

RM312.1j baiki jalan, cerun

- Disasters · Alexander Nanta Linggi · Kelantan · Terengganu

Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan syarikat konsensi membantu mangsa banjir terjejas di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya mengaktifk­an bilik gerakan bencana sepanjang menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan memperting­katkan persiapan dalam berdepan banjir gelombang kedua.

“Pada minggu lalu, KKR dengan JKR dan syarikat konsesi turun membantu mangsa banjir. Saya juga turun padang ke Kelantan dan Terengganu.

“Ini menjadi kebiasaan pada setiap tahun yang kita akan pertingkat­kan apa kita boleh bantu (mangsa banjir) termasuk dalam kerja pembersiha­n.

“Kita telah bersiap sedia berdasarka­n pengalaman sebelum ini,” katanya pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Profesion

Teknikal Negara di Pusat Konvensyen PICCA di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Alexander berkata banjir gelombang pertama yang melanda baru-baru ini menyebabka­n banyak kerosakan jalan dan cerun menelan kos pembaikan berjumlah RM312.1 juta, setakat kelmarin.

“Bagi jalan Persekutua­n kita mendapati memerlukan kos pembaikan berjumlah RM247 juta diikuti cerun jalan persekutua­n

RM40.3 juta.

“Jalan negeri pula dianggarka­n berjumlah RM24.8 juta,” katanya.

 ?? ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia