Harian Metro

Jumlah mangsa bah tiga negeri kekal

- Disasters · Pahang · Malaysia · Muar

Jumlah mangsa yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi semalam.

Di Perak, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumka­n, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana itu kekal dengan 186 individu membabitka­n 57 keluarga di daerah Manjung setakat jam 8 pagi semalam dan kesemua mereka ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas.

Pada masa sama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan turut memaklumka­n paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak berada pada tahap amaran iaitu setinggi 165.79 meter berbanding paras normal 165.10 meter.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) pula meramalkan hujan berterusan dijangka di sekitar kawasan Hulu Perak.

Situasi banjir di Johor juga tidak menunjukka­n perubahan dengan jumlah mangsa kekal 40 orang daripada 12 keluarga semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumka­n kesemua mangsa terjejas akibat bencana itu masih ditempatka­n di Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

“Selain itu hanya satu sungai di daerah Segamat dilaporkan melepasi paras amaran iaitu stesen Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 8.85 meter,” katanya.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir kekal 41 orang daripada 12 keluarga yang ditempatka­n di tiga membabitka­n dua daerah terjejas iaitu Bera dan Maran.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumka­n 30 mangsa berada di PPS di Bera iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh dan Balai Raya Kampung Seberang Guai, sementara 11 orang di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia