Berita Harian

Peperiksaa­n lancar di seluruh negara

395,870 duduki peperiksaa­n bertulis, tiada isu calon terjejas akibat banjir

- South Africa News · Education · Kuala Lumpur · Malaysia · Pahang · Terengganu · Terengganu Polygon Cycling Team · Malaysian Ministry of Education · Ministry of Education · Johor Bahru · Kelantan · Muhammad · Putrajaya · Ali · Penang · Sabah · Schools · Batu Pahat · Kluang · Kota Tinggi · Segamat · Tumpat · Kota Bharu · Husayn ibn Ali · Izmail · Kulai · Tangkak · Pasir Mas

Kuala Lumpur: Peperiksaa­n bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang bermula semalam membabitka­n 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaa­n di seluruh negara berjalan lancar, termasuk di negeri terjejas banjir, iaitu Pahang dan Terengganu.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Kementeria­n Pendidikan, Azman Adnan, berkata tiada sebarang isu berhubung calon terjejas dan tidak dapat hadir ke pusat peperiksaa­n dilaporkan setakat pagi semalam.

“Setakat ini, perjalanan SPM di seluruh negara tidak ada masalah atau ada isu murid kita terjejas ke pusat peperiksaa­n walaupun ada kawasan tertentu di beberapa negeri masih dilanda banjir,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru, semalam.

Mengulas situasi di Johor, Azman berkata, sebanyak 18 sekolah menengah di Batu Pahat,

Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Kulai dan Tangkak sedia diaktifkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi persediaan menghadapi banjir.

Beliau turut menjelaska­n peperiksaa­n SPM di sekolah yang digunakan sebagai PPS, tidak akan terjejas dan tetap diteruskan seperti biasa di negeri itu yang membabitka­n 48,426 calon di 364 pusat di 301 sekolah.

Di Pahang, sejumlah 20,271 calon menduduki peperiksaa­n SPM di 258 pusat peperiksaa­n seluruh negeri, yang turut membabitka­n 2,184 petugas, termasuk 274 sukarelawa­n peperiksaa­n yang dilantik dengan tiada pusat peperiksaa­n dilaporkan terjejas bencana banjir, menurut Pengarah Pendidikan Pahang Amzan Abd Malek.

Di Terengganu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Jelani Sulong, berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menggerakk­an Op Payung sekiranya banjir melanda sekolah terbabit dengan peperiksaa­n itu, selain sentiasa memantau perkembang­an cuaca semasa sebagai persediaan untuk sebarang kemungkina­n.

Di Kelantan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz, berkata tujuh pusat peperiksaa­n alternatif turut disediakan bagi calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) sebagai persiapan sekiranya berlaku banjir di negeri itu.

“Pusat peperiksaa­n yang terbabit itu ialah enam sekolah di Pasir Mas dan sebuah sekolah di Tumpat yang lazimnya akan dinaiki air jika berlaku banjir.

“Dianggarka­n lebih 600 calon akan terjejas banjir sekiranya sekolah mereka dinaiki air,” katanya selepas melakukan tinjauan hari pertama SPM 2023 di SMK Dato’ Ahmad Maher di Kota Bharu semalam.

Tiada terbabit bencana

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Roslan Abu Hassan, berkata peperiksaa­n SPM kali ini membabitka­n sejumlah 19,765 orang merangkumi calon di sekolah kerajaan (15,817), sekolah agensi kerajaan (240), sekolah swasta (2,500) dan calon persendiri­an (1,208).

Ketika ditemui melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, beliau berkata peperiksaa­n itu yang dimulakan dengan ujian bertutur dan ujian mendengar bulan lalu sehingga ujian bertulis bermula semalam berjalan lancar dengan tiada pelajar dan sekolah di ibu negara terbabit dengan bencana setakat ini.

Di Putrajaya, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Ezaiddin Hussain, berkata sebanyak 1,907 calon mendaftar menduduki peperiksaa­n SPM 2023 dengan 18 daripada jumlah itu adalah calon berkeperlu­an pendidikan khas (CBPK) terdiri daripada kategori masalah pembelajar­an, ketidakupa­yaan intelektua­l, penglihata­n dan fizikal.

“Setakat ini, kita ada seorang calon terbabit dalam kemalangan jalan raya yang patah tangan dan menduduki peperiksaa­n di hospital,” katanya.

Di Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim, berkata sejumlah 15,977 calon menduduki peperiksaa­n di negeri itu.

Selain itu, di Selangor, 72,929 calon termasuk calon persendiri­an mendaftar untuk menduduki SPM 2023 membabitka­n 491 pusat peperiksaa­n yang turut membabitka­n 8,046 petugas peperiksaa­n dilantik, kata Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Hanisah Mohd Ali.

Hanisah berkata calon peperiksaa­n turut dinasihatk­an

untuk memaklumka­n kepada pihak sekolah atau bilik operasi JPN Selangor melalui talian 0355186114, sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaa­n berikutan bencana.

Di Melaka, sejumlah 12,900 pelajar menduduki peperiksaa­n SPM di 103 pusat peperiksaa­n di seluruh negeri merangkumi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan serta sekolah agama bantuan kerajaan dan turut membabitka­n 65 calon berkeperlu­an khas seperti masalah penglihata­n, pendengara­n, fizikal dan autisme, manakala empat calon menduduki peperiksaa­n di hospital kerana masalah kesihatan.

Sementara itu, di Kedah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Ismail Othman, mengingatk­an kepada 29,044 calon supaya menjaga kesihatan dan keselamata­n diri sepanjang tempoh peperiksaa­n ini kerana sebarang kejadian yang tidak diingini boleh menjejaska­n peluang mereka untuk menduduki peperiksaa­n SPM.

Selain itu, terdapat 3,455 calon di Perlis, Perak (31,411), Pulau Pinang (18,837) dan Sabah (38,778) dilaporkan menduduki peperiksaa­n semalam.

BERNAMA

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ?? Azman memberi kata-kata semangat kepada calon peperiksaa­n SPM 2023 ketika melawat Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru, semalam.
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) Azman memberi kata-kata semangat kepada calon peperiksaa­n SPM 2023 ketika melawat Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia