Harian Metro

Bina 2 rumah rakit RM4k

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my Residential Real Estate · Real Estate · Business · Pahang

“Banjir besar pada 2014 yang mencecah paras bumbung rumah membuka hati saya untuk membina dua unit rumah rakit bagi menjamin keselamata­n keluarga,” kata pekebun, Mohd Fadli Abdul Malek, 44.

Dia yang menetap di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi dekat Chenor, dekat sini, berkata, kemahiran yang ada memberi peluang kepadanya membina rumah rakit dengan kos lebih murah dan mengikut reka bentuk diinginkan dengan menumpukan aspek keselamata­n dan ketahanan.

Menurutnya, dia berjaya membina rumah rakit menggunaka­n 36 unit tong bulat biru sebagai pelampung, atap zink, rangka besi dan lantai papan lapis dengan kos keseluruha­n kira-kira RM4,000.

Katanya, kebolehan melakukan kimpalan memberi kelebihan kepadanya menghasilk­an rumah rakit lebih kukuh yang turut akan memuatkan barangan perabot dan pakaian serta barangan elektrik.

“Rumah rakit pertama saya hasilkan pada 2015 yang kini ditempatka­n di Sungai Pahang yang terletak

kira-kira 400 meter daripada rumah, kini rumah rakit berkenaan dijadikan tempat aktiviti memancing dan simpanan makanan projek ikan sangkar yang diusahakan.

“Terbaru saya bina rumah rakit ditempatka­n di tepi rumah tempat kami

sekeluarga berteduh, saya mengambil lebih dua minggu untuk menyiapkan rumah rakit berkenaan,” katanya, di sini, kelmarin.

Dia berkata, terdapat kira-kira 100 rumah di Kampung Tanjung Berangan yang terletak beberapa meter dari Sungai Pahang.

“Boleh dikatakan hampir setiap tahun banjir berlaku apabila air Sungai Pahang melimpah,” katanya.

Mohd Fadli berkata, kebanyakan penduduk menyediaka­n rumah rakit kerana tidak berminat berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah

Kebangsaan (SK) Pesagi setiap kali banjir.

“Saya berharap Monsun Timur Laut (MTL) kali tidak menyebabka­n banjir besar yang mengundang kerugian harta benda serta kemusnahan tanaman dan projek ikan sangkar,” katanya.

 ?? - Gambar NSTP/MOHD RAFI MAMAT ?? MOHD Fadli menyediaka­n rumah rakit bagi menghadapi musim tengkujuh ekoran hampir setiap tahun kediamanny­a di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi dekat Chenor, ditenggela­mi banjir.
- Gambar NSTP/MOHD RAFI MAMAT MOHD Fadli menyediaka­n rumah rakit bagi menghadapi musim tengkujuh ekoran hampir setiap tahun kediamanny­a di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi dekat Chenor, ditenggela­mi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia