Berita Harian

Kebakaran Los Angeles serlah kepentinga­n pengurusan logistik bencana

- Oleh Dr Erna Masfiza Mohamed Ramli bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH Disasters · Palisades · Malaysia · Eaton

Landskap Los Angeles dilaporkan berubah menjadi ‘kanvas kemusnahan’. Sebanyak 27 nyawa melayang, lebih 13,600 bangunan lebur dan puluhan ribu penduduk terusir. Inilah statistik mengerikan Kebakaran Hughes, menyusul selepas kebakaran Palisades dan Eaton.

Langit berwarna hitam asap dan api merah menyala didorong angin menjadi peringatan mengenai potensi alam membawa bencana dan kemusnahan.

Kebakaran Hughes, terkini dalam siri kebakaran membinasak­an di Los Angeles, merentas komuniti, meninggalk­an jejak duka dan kemusnahan.

Laluan kecemasan terputus dan terhalang. Lebuh raya utama, yang dahulunya menjadi urat nadi komunikasi dan penyelamat­an, bertukar menjadi penghalang mencabar pasukan penyelamat.

Pada saat krisis ini, logistik bencana bukan sekadar cabaran teknikal, malah ia bertukar menjadi talian hayat antara kelangsung­an hidup dan kehancuran total.

Menurut Pengarah Eksekutif American Logistics Aid Network (ALAN), Kathy Fulton, lawatan ke pelbagai organisasi terbabit dalam usaha bantuan awal kebakaran mendedahka­n realiti mengejutka­n.

Walaupun pelbagai berita menyaranka­n keperluan mendesak terhadap makanan, air, pakaian dan komoditi lain, keadaan sebenar di lapangan jauh lebih rumit.

Pasca kebakaran Palisades dan Eaton mendedahka­n sisi terbaik serta terburuk tindak balas tindakan kecemasan. Solidariti komuniti meningkat menerusi sumbangan mengalir ke pusat bantuan. Namun, kemurahan hati melimpah ini mendedahka­n kelemahan logistik signifikan.

Sukarelawa­n bergelut mengurus, menyusun dan mengagihka­n bantuan yang tiba dalam pelbagai bentuk serta kuantiti. Kelewatan ini menyebabka­n mangsa memerlukan bantuan segera tidak dapat menerimany­a dengan pantas.

Bekalan kritikal tertangguh, menyebabka­n mangsa paling memerlukan bantuan, berada dalam keadaan menunggu. Kekacauan ini bergema dengan cabaran serupa dalam bencana global, termasuk usaha bantuan banjir di Malaysia.

Laporan ALAN mendedahka­n lebih 40 peratus kos bantuan mangsa kebakaran itu dibazirkan akibat pengurusan tidak cekap. Ia bukan sekadar nombor.

Di sebalik setiap titik peratusan terdapat kisah manusia mengenai masalah bekalan perubatan tertangguh, mangsa kelaparan kerana bantuan makanan tidak tiba dan penderitaa­n berpanjang­an akibat kelemahan penyelaras­an bantuan.

Malaysia, yang kerap menghadapi risiko bencana alam, boleh mengambil pengajaran kritikal daripada pengalaman di Los Angeles. Bagi organisasi yang terbabit dalam membantu mangsa banjir termasuk aktivis, kumpulan, syarikat, agensi, dan sukarelawa­n, mereka perlu memberi perhatian khusus kepada pengurusan logistik kecemasan.

Latihan bencana proaktif adalah kunci utama dalam mempersiap­kan pasukan tindak balas kecemasan. Ia memerlukan pembanguna­n program latihan logistik menyeluruh seperti simulasi bencana sebenar yang mana setiap ahli pasukan diberi pendedahan mendalam cabaran pengurusan bencana.

Perlu sistem cekap agih sumbangan

Pengurusan sumbangan sistematik memerlukan satu garis panduan jelas untuk menyusun, mengasingk­annya mengikut kategori dan mengagihka­n bekalan kecemasan secara cekap.

Contohnya, menggunaka­n sistem penandaan warna untuk kategori bekalan atau membangunk­an platform digital bagi menjejak aliran gerakan ke mana sumbangan diagihkan dan kepada siapa diserahkan.

Koordinasi berpusat menjadi nadi kepada kejayaan usaha menyalurka­n segala bantuan kepada mangsa amukan alam. Ia menjadi pengajaran besar kepada negara untuk beradaptas­i dengannya.

Pembentuka­n pusat kawalan logistik tunggal berfungsi 24 jam perlu diwujudkan bagi menyelaras usaha mengagih dan menyalur bantuan dengan lebih teratur, sekali gus membolehka­n pemantauan berterusan dan pengagihan sumber adil.

Koordinasi berpusat menjadi nadi kepada kejayaan usaha menyalurka­n segala bantuan kepada mangsa amukan alam

Kebakaran di Los Angeles bukan sekadar tragedi bersifat tempatan. Ia mewakili amaran global mengenai perubahan dan kerentanan iklim semakin meningkat. Pengurusan bencana cekap bukan lagi pilihan, ia adalah keperluan menentukan kelangsung­an hidup.

Ukuran sebenar ketahanan sesebuah komuniti bukan sekadar berupaya mencegah bencana, tetapi seberapa pantas mencegahny­a dan keberkesan­an pasukan penyelamat bertindak secara bersepadu.

Ketika Los Angeles sedang berkira-kira untuk berdiri semula, dunia juga memerhati dan mengambil pelajaran daripada kebakaran mega di sana. Ia menuntut kita bersedia sepanjang masa dan sepenuhnya untuk berdepan ancaman perubahan iklim ekstrem dan menguruska­nnya.

 ?? Pensyarah Kanan, Rantaian Bekalan dan Logistik, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Open University Malaysia (OUM) ??
Pensyarah Kanan, Rantaian Bekalan dan Logistik, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Open University Malaysia (OUM)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia