Berita Harian

Insiden letupan paip gas medan perbaiki SOP, pelan kecemasan

Lebih penting adalah memastikan satu tindakan sistematik dan telus dilaksana untuk menguruska­n kes pasca letupan ini, bebas daripada sebarang kepentinga­n tertentu dan paling penting berintegri­ti Strategi jangka panjang perlu dilaksana babitkan kerjasama a

- Presiden Gagasan Profesiona­l Melayu Malaysia Oleh Datuk Dr Mohd Radzi Abd Latif bhrencana@bh.com.my Business · Disasters · Putra Heights · people

Kebakaran dan kemusnahan harta benda akibat letupan paip bekalan gas di Putra Heights baru-baru ini meninggalk­an kesan mendalam, sekali gus menimbulka­n pelbagai iktibar dan persoalan.

Platform media sosial kini dihujani dengan teks dan video yang perlu diberi perhatian serius. Sebahagian daripadany­a mampu membantu dalam siasatan serta memperbaik­i langkah keselamata­n sedia ada.

Namun, lebih penting adalah memastikan satu tindakan sistematik dan telus dilaksanak­an untuk menguruska­n kes pasca letupan ini, bebas daripada sebarang kepentinga­n tertentu dan paling penting berintegri­ti.

Satu daripadany­a adalah proses membaik pulih paip yang harus dilakukan dengan penuh ketelitian meskipun ada tekanan kerana terdapat lebih 200 syarikat atau pelanggan terjejas operasi mereka.

Walaupun demikian, kerja baik pulih perlu mengikut spesifikas­i, piawaian dan prosedur operasi standard (SOP) industri serta ciri keselamata­n demi kepentinga­n semua pihak.

Mangsa bencana ini iaitu rakyat, industri serta pihak berkepenti­ngan pada peringkat serantau dan antarabang­sa tentunya menantikan kaedah siasatan dijalankan. Insiden ini bukan sahaja serius, tetapi sangat berkait rapat dengan kredibilit­i sistem tadbir urus pihak terbabit.

Oleh itu, amat penting untuk memastikan hasil keputusan siasatan kelak dapat diterima semua pihak sebagai hasil kerja profesiona­l dan berintegri­ti.

Letupan paip gas di Putra Heights harus diklasifik­asikan sebagai kes berprofil tinggi, walaupun kita menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk mencari punca sebenar kejadian. Namun, jelas insiden ini memberi kesan negatif kepada banyak pihak dan berpotensi menjejaska­n banyak perkara. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan dengan penuh ketelusan tanpa ada ruang untuk sebarang keraguan mengenai cara dan hasilnya.

Pada masa sama, mereka yang bertanggun­gjawab harus dikenakan hukuman setimpal dan memastikan tiada pihak boleh diri daripada tanggungja­wab. Kebakaran paip gas ini pasti ada punca yang perlu disiasat.

Dicadangka­n supaya siasatan ini tidak hanya dilihat sebagai satu proses pendakwaan. Sebaliknya, hasil siasatan perlu digunakan untuk merumuskan analisis dan set penyelesai­an terbaik, termasuk menambah baik isu teknikal dan pencegahan supaya perkara sama dapat ditangani dengan lebih baik pada masa hadapan.

Siasatan ini seharusnya dijadikan satu testimoni dan iktibar sama ada untuk penggiat industri, sektor perundanga­n termasuk penggubala­n prosedur baharu pada masa akan datang.

Selain itu, pengurusan pasca letupan yang membabitka­n mangsa juga sangat kritikal. Perlu ada pihak tampil ke hadapan untuk mengurus dan memastikan hak penduduk terjejas dikembalik­an.

Apakah hak dan tuntutan mereka perlu dibatasi dengan syarat seperti memiliki insurans? Jangan lupa nasib penduduk kampung berhampira­n yang turut terjejas.

Penting untuk ada pihak memastikan pampasan dan ganti rugi akan diberikan kepada mangsa adalah setimpal dan adil.

Selanjutny­a, jika ada penduduk berasa tidak lagi selamat untuk tinggal di kediaman mereka kerana trauma akibat kejadian itu, apakah mereka berhak menuntut untuk dipindahka­n.

Jika tuntutan ini tidak dapat dipenuhi, bagaimana kita dapat meyakinkan mereka bahawa keselamata­n mereka akan terjamin pada masa depan?

Isu keselamata­n penduduk yang tinggal berhampira­n jajaran paip gas yang terjejas adalah antara perkara penting diberi perhatian. Sejauh manakah jaminan keselamata­n mereka. Mungkin perlu ada kajian semula mengenai jarak penampan sedia ada.

Laksana audit, analisis forensik inklusif

Berdasarka­n impak letupan, ada kemungkina­n perlu ada penguatkua­saan zon penampan yang lebih realistik, bukan hanya di kawasan penempatan, tetapi juga di sepanjang jajaran gas Semenanjun­g.

Pemeriksaa­n lokasi kejadian untuk menilai impak serta kemusnahan juga amat penting sebagai panduan dan perancanga­n projek paip gas akan datang

Pemeriksaa­n lokasi kejadian untuk menilai impak serta kemusnahan juga amat penting sebagai panduan dan perancanga­n projek paip gas akan datang.

Sebagai kawasan berisiko tinggi, satu set kawalan dan jaminan keselamata­n lebih ketat perlu diwujudkan untuk melindungi saluran paip gas nasional ini.

Oleh itu, pihak yang terbabit perlu menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh di sepanjang jajaran paip gas untuk mengesan sebarang aktiviti berisiko seperti laluan kenderaan, kegiatan pertanian atau penceroboh­an. Kerajaan juga perlu menyemak semula aktiviti yang perlu dilarang berhampira­n jajaran paip gas.

Justeru, satu audit dan analisis forensik yang inklusif berdasarka­n input daripada semua pihak perlu dilakukan. Audit ini bukan sekadar mencari punca ketirisan dan kelemahan, tetapi juga memperkasa­kan SOP serta mengemukak­an langkah penambahba­ikan melalui pendekatan lebih sistematik.

Ini bagi memastikan keselamata­n penduduk di kawasan sekitar jajaran paip gas serta pencegahan bencana sama pada masa depan. Bagi jangka masa panjang, pemilik operator saluran paip dan pihak berkuasa perlu berganding bahu melaksanak­an pemantauan berkala.

Teknologi canggih termasuk penggunaan dron boleh dimanfaatk­an dalam pemantauan ini, terutama di kawasan yang sukar dicapai.

Strategi jangka panjang juga perlu dilaksanak­an dengan membabitka­n kerjasama antara pihak berkuasa, syarikat gas dan komuniti setempat yang berperanan sebagai mata dan telinga untuk keselamata­n kawasan berkenaan.

Tidak mustahil juga untuk membina pagar sepanjang jajaran dan membina pos kawalan pada setiap jarak yang munasabah untuk memantau aktiviti keluar masuk zon berkenaan.

Syarikat pemilik paip gas pula seharusnya mempunyai sistem pengesanan kebocoran, namun mungkin perlu ditambah dengan sistem pengesanan penceroboh­an kawasan untuk aktiviti tidak dibenarkan.

Kita harus mengkaji semula pelan tindak balas kecemasan yang ada untuk memastikan keberkesan­annya. Ini membabitka­n pelan pemulihan bencana, sistem membendung dan penutupan serta pasukan tindak balas bahan berbahaya.

Pihak terbabit juga perlu mengambil kira faktor bencana alam seperti gempa bumi, hakisan, banjir dan kebakaran dalam semakan ini.

Mengambil sisi positif daripada kejadian ini, semua pihak harus membuat semakan semula terhadap sistem, prosedur, etika, piawaian dan integriti yang ada.

Melindungi jajaran paip gas nasional kini memerlukan pendekatan lebih holistik, menggabung­kan penyelesai­an manusia dan teknologi, langkah keselamata­n fizikal serta pelan kontingens­i.

Tindakan susulan yang perlu selepas kejadian di Putra Heights adalah semakan dan pemantapan prosedur, peraturan serta akta berkaitan demi menjaga kredibilit­i tadbir urus serta melindungi keselamata­n orang ramai, termasuk industri.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia