Harian Metro

SPNB bina semula kediaman musnah

- Residential Real Estate · Real Estate · Business · Nga Kor Ming · Putra Heights · Syarikat Perumahan Negara Berhad

Lumpur: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula 81 kediaman yang musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran dan letupan saluran paip gas di Putra Heights dengan kos dibiayai oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Mohd Jamil Idris berkata, daripada jumlah itu, 48 unit membabitka­n kediaman di Taman Putra Harmoni manakala 33 lagi di Kampung Kuala Sungai Baru.

Katanya, pembinaan semula itu dilaksanak­an menerusi Pelan Tindakan Pemulihan dan Pembinaan Semula yang diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, kelmarin.

Bagaimanap­un, model kediaman yang akan dibina masih belum dimuktamad­kan.

“Apabila kajian penuh SPNB dikeluarka­n minggu depan, sebelum pelaksanaa­n dimulakan, kami akan berjumpa dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu.

“Pertemuan itu bagi

Sebelum pelaksanaa­n dimulakan, kami akan membuat perjumpaan dengan pemilik rumah atau tuan tanah terlebih dahulu”

Mohd Jamil

mendapatka­n persetujua­n mereka (penduduk dan pemilik rumah), sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pembinaan semula itu,” katanya secara eksklusif kepada Buletin TV3.

Setakat ini, tiga mesyuarat pengurusan bersama Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi terlibat telah diadakan, selain beberapa siri lawatan ke lokasi.

Beliau memaklumka­n beberapa kontraktor akan dibawa ke tapak kejadian esok untuk mengemukak­an pandangan dan cadangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia