Harian Metro

Sedia tujuh pusat peperiksaa­n alternatif

- South Africa News · Bullying · Disasters · Education · Society · Kota Bharu · Kelantan · Malaysia · Rantau Panjang · Amnesty International · Kajang · Tumpat · Pasir Mas

Kota Bharu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menyediaka­n tujuh pusat peperiksaa­n alternatif untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) sekiranya berlaku banjir di negeri ini.

Pengarahny­a, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, tujuh pusat peperiksaa­n yang berisiko banjir membabitka­n enam di Pasir Mas dan satu di Tumpat.

Katanya, antara sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Maahad Muhamadi Rantau Panjang membabitka­n calon SPM dan STPM.

“Manakala lima lagi sekolah berisiko banjir hanya membabitka­n calon SPM iaitu Sekolah Meakan nengah Ugama (A) Diniah, Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram, SMK Meranti, Sekolah Menengah

Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti dan Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang

Sebidang di Tumpat.

“Melalui pelan tindakan banjir, pusat peperiksaa­n di SMK Rantau Panjang

dikekalkan dan dipindahka­n ke aras bangunan lebih tinggi, Maahad Muhamadi Rantau Panjang dipindahka­n ke SMK Gual Periok dan Sekolah Menengah Ugama (A) Diniah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

“Selain itu, Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram ke Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha manakala SMK Meranti dan Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti masing-masing di SK Meranti sementara Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang di Tumpat ke SMK Chabang Empat,” katanya kepada

pemberita ketika sidang media selepas tinjuan hari pertama SPM 2023 di SMK) Dato’ Ahmad Maher, di sini semalam.

Katanya, dianggarka­n lebih 600 calon terjejas banjir dipindahka­n ke pusat peperiksaa­n alternatif terdekat jika sekolah mereka dinaiki air.

“Bagi pusat yang mempunyai asrama, calon ditempatka­n di asrama manakala bagi sekolah yang tidak ada asrama akan ditempatka­n di pusat alternatif.

“Pihak JPN sudah mengarah pengurus peperiksaa­n sekolah memaklumka­n kepada calon agar hadir ke pusat peperiksaa­n ditetapkan jika banjir.

“Pusat asal ditenggela­mi banjir akan ditutup dan peperiksaa­n dijalankan di pusat alternatif,” katanya.

 ?? ?? PELAJAR beratur memasuki dewan peperiksaa­n untuk menduduki SPM di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, semalam. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
PELAJAR beratur memasuki dewan peperiksaa­n untuk menduduki SPM di SMK Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu, semalam. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia