Harian Metro

250 penduduk terkandas jambatan tenggelam

- Disasters · people · George Town

Kira-kira 250 penduduk dari Kampung Tanjung Kala terkandas selepas jambatan Kuala Pertang ditenggela­mi air Sungai Nal sejak awal pagi semalam.

Menurut Penghulu Mukim Kuala Pertang, Mat Ropi Abdullah, 49, keadaan hujan lebat yang berterusan sejak malam kelmarin menyebabka­n air sungai berkenaan terus naik hingga melimpahi tebing dan laluan jambatan terbabit tidak boleh dilalui.

Katanya, jambatan besi sepanjang 47 meter itu ditenggela­mi air lebih 0.6 meter (m) dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan selain arus sungai yang deras.

“Walaupun jambatan Kampung Tanjung Kala sudah ditenggela­mi air, namun penduduk masih lagi mempunyai jalan alternatif lain untuk mereka keluar masuk.

“Bagaimanap­un yang dibimbangi sehingga kini keadaan di sini masih hujan lebat selain paras air sungai juga menunjukka­n trend meningkat dan tidak mustahil beberapa jambatan lain yang menjadi laluan alternatif akan turut sama ditenggela­mi air,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, setiap tahun beberapa jambatan yang menjadi laluan utama penduduk di beberapa kampung di Mukim Chenulang akan ditenggela­mi air apabila tiba musim tengkujuh.

“Bagaimanap­un, kejadian itu tidak membabitka­n kediaman penduduk tetapi mereka tetap bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir besar yang di luar jangka,” katanya.

 ?? FOTO Ihsan MAT ROPI ABDULLAH ?? KEADAAN jambatan Kuala Pertang yang ditenggela­mi air Sungai Nal susulan hujan lebat yang berterusan.
FOTO Ihsan MAT ROPI ABDULLAH KEADAAN jambatan Kuala Pertang yang ditenggela­mi air Sungai Nal susulan hujan lebat yang berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia