Harian Metro

69 kediaman terjejas banjir

- Weather · Disasters

Sebanyak 69 rumah terjejas di daerah Manjung dan Kinta selepas dinaiki air dalam banjir kilat akibat hujan lebat yang berpanjang­an awal pagi semalam.

Di daerah Manjung, hujan lebat kira-kira jam 1 pagi disusuli fenomena air pasang menyebabka­n sebahagian kawasan di Pulau Pangkor mengalami banjir kilat menyebabka­n 15 rumah dinaiki air.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Manjung dalam kenyataan memaklumka­n pemantauan dibuat di kawasan terjejas teruk antaranya di Kampung Teluk Kechil, Kampung Masjid, Kampung Sungai Pinang Besar dan Taman Pangkor Indah di Teluk Bharu.

Setakat jam 10.30 pagi semalam pula, keadaan cuaca mendung dan air laut surut dengan terdapat seramai 39 mangsa ditempatka­n sementara di masjid dan surau, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini.

“Tiada keperluan untuk

PPS dibuka. Seramai 22 mangsa ditempatka­n sementara di Masjid Kampung Teluk Raja Bayang, manakala 17 mangsa lagi ditempatka­n di surau Al-Amir Kampung Teluk Kechil,” katanya.

Manakala sebanyak 10 kediaman di Taman Hijau dan 21 kediaman di Taman Sri Mawar dalam kawasan Dun Astaka, Sitiawan, Manjung dinaiki air sejak jam 12 tengah malam, namun air sudah surut sepenuhnya setakat jam 9.15 pagi.

 ?? ?? HUJAN lebat berterusan menyebabka­n Manjung dan Kinta dinaiki air.
HUJAN lebat berterusan menyebabka­n Manjung dan Kinta dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia