Harian Metro

Raub daerah pertama banjir

- Disasters

Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh apabila 99 mangsa daripada 25 keluarga dipindahka­n ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) awal pagi semalam.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, hujan berterusan sejak 11 malam kelmarin, menyebabka­n dua kampung di daerah itu iaitu Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dinaiki air mulai 12.30 tengah malam.

“Pada 3.45 pagi, PKOD (Pusat Kawalan Operasi Daerah) APM Daerah Raub menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n kejadian banjir di dua kampung itu.

“Anggota APM Raub bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu memindahka­n penduduk terjejas ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setakat ini, pihaknya tidak menerima makluman berkaitan kejadian tidak diingini akibat banjir dan akan terus berwaspada memandangk­an cuaca tidak menentu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia