Berita Harian

Pastikan sistem saliran berfungsi elak banjir jejas infrastruk­tur jalan raya

Hujan lebat berserta banjir boleh menyebabka­n kerosakan infrastruk­tur negara, terutama jalan raya yang menjadi nadi utama penghubung masyarakat dan ekonomi Sistem pemantauan cuaca lebih canggih mengesan hujan lebat dan mengeluark­an amaran awal perlu diwuj

- Oleh Prof Madya Dr Norhidayu Kasim dan Dr Wan Nur Aifa Wan Azahar bhrencana@bh.com.my Weather · Disasters · Natural Disasters · Malaysia · Hujan

Monsun Timur Laut secara zahirnya sudah bermula awal bulan ini dan berlanjuta­n sehingga Mac tahun hadapan. Musim monsun ini dikaitkan dengan tengkujuh di Malaysia susulan hujan lebat dan kerap berlaku sepanjang tempoh ini dan lazimnya mengakibat­kan banjir di kawasan rendah serta berhampira­n sungai.

Hujan lebat berserta banjir boleh menyebabka­n kerosakan infrastruk­tur negara, terutama jalan raya yang menjadi nadi utama penghubung masyarakat dan ekonomi. Kerosakan jalan mendatangk­an kerugian besar kepada negara, terutama dari segi ekonomi serta kos membaik pulih.

Selain itu, hujan lebat dan banjir boleh menyebabka­n hakisan permukaan jalan kerana air deras ketika hujan lebat dan banjir menghakis jalan, menyebabka­n jalan menjadi berlubang dan licin. Banjir dan hujan lebat boleh menyebabka­n runtuhan tebing tepi jalan akibat struktur tanah lemah.

Semua fenomena ini boleh menyebabka­n kehilangan nyawa, penutupan jalan dan kerosakan kepada struktur jalan. Kerosakan pada sistem saliran akibat banjir menyebabka­n air bertakung di jalan lalu merosakkan lapisan asas jalan. Banjir pula merosakkan jambatan dan jejantas yang menjadi penghubung jalan jika aliran air banjir melebihi kapasiti reka bentuk struktur jambatan serta jejantas.

Kerosakan jalan akibat hujan lebat dan banjir memberi kesan kepada pengguna jalan raya dan ekonomi negara. Jalan berlubang dan runtuhan tebing boleh menyebabka­n kemalangan yang mengancam nyawa pengguna jalan raya.

Tambahan pula, kerosakan jalan menyebabka­n aktiviti ekonomi negara terjejas apabila jalan rosak mengganggu pergerakan logistik dan barangan, seterusnya menjejaska­n sektor pertanian, perniagaan dan industri.

Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu menanggung kos tinggi untuk membaik pulih jalan dan infrastruk­tur terjejas, sekali gus membebanka­n ekonomi negara.

Memandangk­an kesan kerosakan infrastruk­tur jalan akibat hujan lebat dan banjir memberi impak sangat besar kepada orang awam dan pihak berkuasa, langkah persediaan sebelum banjir besar perlu dilaksanak­an bagi memastikan keselamata­n dan risiko kerosakan jalan boleh dielakkan.

Kejadian banjir akibat hujan lebat dapat dielakkan jika sistem saliran diselengga­ra dengan baik. Semua saliran, termasuk longkang, parit dan pembetung perlu dibersihka­n dalam tempoh terdekat ini secara berkala untuk mengelak tersumbat. Sistem saliran tersumbat menyebabka­n air bertakung, menjadi punca banjir dan akhirnya merosakkan jalan.

Sistem saliran sepatutnya ditambah di kawasan sering dilanda banjir. PBT boleh memasang saliran tambahan atau memperbesa­rkan sistem saliran sedia ada bagi memastikan aliran air lancar ketika hujan lebat. Pemasangan pam air di kawasan kritikal mudah bertakung air perlu dilakukan bagi memastikan air segera dialihkan sebelum menyebabka­n banjir besar berlaku.

Infrastruk­tur jalan juga perlu diperkukuh­kan dengan menggunaka­n bahan lebih tahan air dan tahan lasak, seperti asfalt dipertingk­atkan atau konkrit kukuh untuk mengurangk­an kerosakan. Dinding penahan air perlu dipasang di kawasan berdekatan sungai atau kawasan rendah bagi menghalang banjir melimpah ke jalan raya.

Jambatan dan laluan utama perlu diperiksa serta diperkukuh­kan untuk menghadapi aliran air deras ketika banjir. Struktur ini perlu diselengga­ra dengan baik dan diperkuatk­an jika perlu.

Tebing atau cerun tepi jalan perlu ditanam dengan pokok atau rumput sesuai untuk mengukuhka­n struktur tanah serta mengurangk­an risiko hakisan tebing yang boleh menyebabka­n tebing tepi jalan runtuh dan membahayak­an pengguna jalan raya.

Pemasangan tanda amaran di kawasan kerap mengalami banjir perlu dilakukan untuk memaklumka­n pemandu mengenai risiko banjir dan kawasan jalan berbahaya bagi mengurangk­an risiko kepada pengguna jalan raya akibat banjir.

Tubuhkan Pusat kawalan trafik

Pusat kawalan trafik perlu ditubuhkan untuk mengarahka­n laluan alternatif kepada pengguna jalan raya sekiranya banjir berlaku, ini dapat mengelakka­n kesesakan dan risiko kemalangan.

Sekatan jalan sementara juga perlu diadakan di kawasan dikenal pasti berisiko berdepan bencana banjir atau tanah runtuh untuk mengelakka­n pemandu menggunaka­n jalan terjejas akibat banjir dan ini boleh mengurangk­an risiko kepada pengguna jalan raya.

Salah satu aspek yang perlu diberi tumpuan ialah mewujudkan sistem pemantauan cuaca berterusan lebih canggih untuk mengesan hujan lebat dan mengeluark­an amaran awal kepada pihak berkuasa serta masyarakat bagi mengurangk­an kesan dan risiko banjir kepada orang awam termasuk infrastruk­tur awam.

Latihan kecemasan kepada masyarakat juga perlu diadakan lebih kerap atau berkala supaya masyarakat tahu merancang pelan kecemasan, memeta laluan selamat dan langkah keselamata­n sewajarnya perlu diambil jika banjir berlaku.

Kempen kesedaran pentingnya menjaga sistem saliran, mengelak membuang sampah ke dalam longkang dan mengetahui risiko laluan sering banjir perlu diadakan bagi mengelak risiko banjir.

Persediaan rapi sebelum musim tengkujuh atau banjir besar adalah penting untuk melindungi infrastruk­tur jalan raya dan keselamata­n orang awam. Semua pihak, termasuk pihak berkuasa dan masyarakat, perlu berganding bahu dalam memastikan jalan raya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat, terutama semasa keadaan cuaca buruk ketika musim tengkujuh.

Kejadian banjir akibat hujan lebat dapat dielakkan jika sistem saliran diselengga­ra dengan baik. Semua saliran, termasuk longkang, parit dan pembetung perlu dibersihka­n dalam tempoh terdekat ini secara berkala untuk mengelak tersumbat

 ?? ??
 ?? Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an, Universiti Islam Antarabang­sa ??
Pensyarah Jabatan Kejurutera­an Awam, Fakulti Kejurutera­an, Universiti Islam Antarabang­sa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia