Harian Metro

Persiapan lebih baik hadapi banjir

- Disasters · Anwar Ibrahim · Kelantan · Dewan Rakyat · Ahmad Zahid Hamidi · Terengganu

Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperkema­s penyelaras­an seluruh kekuatan jentera agensi Persekutua­n dan negeri bagi menghadapi banjir.

Anwar berkata, langkah itu bagi memastikan tahap keselamata­n serta kebajikan mangsa banjir terpelihar­a sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bermula bulan ini hingga Mac tahun depan.

Katanya, kerajaan juga memberi keutamaan tertinggi kepada penduduk di kawasan terkesan.

“Izinkan saya maklumkan masalah negara iaitu situasi banjir semasa enam negeri terkesan banjir ketika ini (semalam) membabitka­n Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

“Setakat 9.32 pagi (semalam), jumlah mangsa banjir meningkat kepada 37,189 mangsa membabitka­n 11,385 keluarga di enam negeri dengan 322 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi membabitka­n 30,582 orang (9,223 keluarga) dengan 157 PPS dibuka di sembilan daerah di negeri itu,” katanya menerusi pemakluman sebelum Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat

semalam. Beliau turut menzahirka­n penghargaa­n kepada semua jentera yang mengurus banjir diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TPM 1 dan Nadma serta seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberikan kerjasama serta (menjalanka­n) persiapan lebih baik tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia