Berita Harian

38 calon SPM di Johor terjejas bah

21 pelajar tinggal di pusat pemindahan sementara, tumpang rumah saudara

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my Education · Johor Bahru · Malaysia · Kulai · Kelantan · Pahang · Sabah · Schools · South Africa News · Kota Tinggi · Kluang · Pasir Gudang · Terengganu

Johor Bahru: Seramai 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 terkesan banjir di negeri ini, setakat ini, dengan 21 daripada mereka tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala bakinya menumpang di rumah saudara.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan

dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata ia membabitka­n 12 calon SPM di daerah Kota Tinggi, empat calon di Kluang, Kulai (lapan), Pontian (tujuh), Pasir Gudang (empat) dan tiga di Johor Bahru.

“Hari ini (semalam), tujuh calon SPM terjejas banjir menduduki peperiksaa­n subjek Matematik Tambahan.

“Di Kulai pula, seorang calon terkesan banjir menduduki peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) hari ini (semalam),” katanya menerusi kenyataan, semalam.

133 PPA di enam negeri

Pada 2 Januari lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, sebanyak 133 Pusat Peperiksaa­n Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatka­n calon SPM di enam negeri yang berisiko jika pusat peperiksaa­n sedia ada dilanda banjir.

PPA itu diwujudkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal menghadapi kemungkina­n sepanjang SPM berlangsun­g ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Di Johor, seramai 49,980 calon SPM 2024 menduduki peperiksaa­n di 376 pusat di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia