Harian Metro

Bina rakit dalam rumah elak perkakas ditenggela­mi air

-

Bertahun menghadapi banjir dan menanggung banyak kerugian menyebabka­n pasangan warga emas ini membina rakit di dalam rumah mereka di Kampung Pengkalan Ajal, di sini.

Ia bagi menyelamat­kan pelbagai barang dan perkakas rumah yang mudah rosak jika ditenggela­mi air.

Menurut Zainun Abdullah, 65, kediaman mereka terletak berhampira­n sungai boleh ditenggela­mi air sehingga lima meter setiap kali musim tengkujuh.

Katanya, disebabkan itu dia dan suami, Mohd Sulong, 73, membina rakit di dalam rumah sejak empat tahun lalu.

“Sebelum ini, kami bina rumah rakit di luar untuk meletakkan barangan termasuk motosikal yang akan dipindahka­n sebelum banjir, dan rakit itu perlu diangkat untuk diletakkan di dalam rumah.

“Namun, memandangk­an suami kurang sihat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan saya tidak larat untuk angkut barang dari atas rumah ke rakit di luar, jadi timbul idea bina rakit di dalam rumah.

“Ada dua rakit dibuat, satu untuk meletak barangan berat seperti peti sejuk dan mesin basuh, manakala satu lagi untuk meletakkan barang dapur dan bahan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, gula dan bahan masakan dan pakaian,” katanya.

Menurutnya, rakit itu berukuran 1.5 meter lebar dan 2.5 meter panjang dengan bahagian bawah diapungkan dengan sembilan tong plastik kecil yang dilekatkan dengan paku dan tali.

 ?? ?? ZAINUN memasang rakit yang dibina di dalam rumahnya untuk mengisi barang keperluan sebagai persediaan hadapi banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Kuala Berang.
ZAINUN memasang rakit yang dibina di dalam rumahnya untuk mengisi barang keperluan sebagai persediaan hadapi banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Kuala Berang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia