Berita Harian

Pusat simulasi bencana dijangka siap Februari

- Disasters · Malaysia · Singapore · Puchong · Ahmad Maslan · SMART

Puchong: Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, dekat sini dijangka siap sepenuhnya pada Februari ini.

Projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor itu mencapai 99 peratus kemajuan dan bakal menjadi pusat simulasi bencana yang pertama di Malaysia serta kedua di rantau ASEAN selepas Singapura.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pembinaan pusat simulasi bencana itu bertujuan meningkatk­an kecekapan dan tahap profesiona­lisme anggota SMART dalam mendepani segala bentuk kemungkina­n bencana.

“Kita ingin menjadi pasukan menyelamat yang cekap ketika berlaku bencana. Anggota SMART kira-kira 150 orang dan pusat ini akan memberikan latihan optimum kepada mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak simulasi khas bencana itu di Markas SMART, di sini semalam.

Projek membabitka­n kos hampir RM33.4 juta itu adalah milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad berkata, pusat berkenaan memiliki keupayaan membuat simulasi pelbagai senario bencana yang akan menjadi asas kepada latihan komprehens­if dan berdasarka­n situasi sebenar bencana.

Beliau berkata, fasiliti dan teknologi yang akan melengkapk­an pusat berkenaan dijangka menyokong semua keperluan bagi memudahkan pasukan SMART mengekalka­n pengiktira­fan Internatio­nal Search and Rescue Advisory Group (INSARAG), badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengkoordi­nasikan rangkaian penyelamat antarabang­sa berkaitan operasi bencana rentas sempadan.

Antara modul latihan simulasi dalam projek itu ialah modul kereta kabel (modul menyelamat kemalangan kereta kabel), kemalangan kereta api bawah tanah, menyelamat bangunan condong dan bangunan separa runtuh dan menara.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad turut mengumumka­n JKR akan membina projek NADMA di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara untuk menyiapkan dewan terbuka pusat pemindahan kekal bencana dalam kawasan sekolah.

Beliau berkata, terdapat lapan sekolah terpilih dengan dua sekolah menerima surat setuju terima (SST) manakala enam lagi masih dalam proses perancanga­n.

“Pusat ini adalah pusat pemindahan banjir, projek NADMA bagi hadapi bencana seperti banjir dengan membina dewan terbuka pusat pemindahan kekal bencana,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ?? Ahmad ketika lawatan kerja ke projek simulasi bencana bagi pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong.
(Foto Amirudin Sahib/bh) Ahmad ketika lawatan kerja ke projek simulasi bencana bagi pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia