Berita Harian

Amaran paras laut naik di lima negeri hingga Selasa

- Sports · Weather · Disasters · Kuala Lumpur · Terengganu · Kelantan · Sarawak · Sabah · Victoria · Pahang · Labuan

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran kenaikan paras laut yang berisiko mengakibat­kan limpahan di pesisir pantai beberapa negeri.

Keadaan itu diramal menjejaska­n kawasan di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak yang dijangka berlarutan hingga Selasa depan.

Metmalaysi­a juga meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah Timur, juga dijangka berlarutan bagi tempoh sama.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabka­n angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter (m) yang berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka membadai perairan Sarawak hingga Selasa depan.

“Ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan bagi tempoh sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Metmalaysi­a juga mengeluark­an amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Selat Melaka, barat daya Samui, Tioman, Condore, Bunguran, utara dan selatan South, Layang-layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi hingga jam 2petang ini.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabka­n angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m, selain berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 40 hingga 50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka di perairan barat Samui, Sulu hingga Selasa depan, yang berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.

“Angin kencang timur laut berkelajua­n antara 50 hingga 60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di perairan timur Samui, Tioman, Labuan, selatan Bunguran, Palawan hingga Selasa depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmat­an feri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia