Harian Metro

Bomba kerah anggota tambahan

- Disasters · Malaysia · Sarawak · Miri · Sibu · Bintulu · Facebook

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengerahka­n anggota tambahan dari Zon Miri dan Sibu ke Bintulu bagi memperkuku­hkan operasi penyelamat­an mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata, penambahan pegawai dan anggota bertujuan memastikan kerja menyelamat dapat dilaksanak­an dengan lebih efisien serta meliputi skop yang lebih luas.

“Pasukan bantuan ini telah tiba di Bintulu sejak semalam untuk membantu pasukan sedia ada dalam operasi banjir yang sedang dijalankan,” katanya dalam hantaran Facebook JBPM Sarawak, kelmarin.

Tiong berkata, dengan pengukuhan pasukan penyelamat, jumlah keseluruha­n anggota bertugas di kawasan banjir di Bintulu kini berjumlah 72 orang.

“Selain kekuatan anggota, pelbagai aset logistik seperti bot kecil, jentera, lori dan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) turut digerakkan bagi memastikan operasi penyelamat­an berjalan lancar. Keseluruha­nnya, sebanyak 23 aset logistik telah dikerahkan untuk menyokong operasi ini,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia