Harian Metro

KUDRAT IBU BERPANTANG

Wanita baru bersalin 21 hari nekad redah banjir bersama bayi perempuan

- Jasin Disasters

Seorang wanita dalam pantang nekad meredah banjir bersama bayi perempuann­ya yang berusia 21 hari selepas rumah mereka di Kampung Kilang Berapi di sini dinaiki air akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam pagi kelmarin.

Nur Hijrah Jalaludin, 36, berkata ketika kejadian dia yang bersendiri­an bersama bayi itu segera menghubung­i suami yang sedang bekerja untuk pulang ke rumah selepas melihat air dari sungai dan kolam tadahan berhampira­n mula melimpah ke halaman kira-kira 8 pagi.

“Dalam keadaan pergerakan yang terbatas saya hanya memikirkan keselamata­n anak dan selepas setengah jam kemudian, suami pulang dari tempat kerja lalu saya meredah air yang mencapai paras betis keluar dari kawasan rumah kami ke lokasi lebih selamat.

“Banjir hari ini kejadian kedua dihadapi kami (suami isteri) dalam tempoh empat bulan selepas Oktober lepas...pada masa itu saya sedang hamil dan dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau di sini, kelmarin.

Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama

pada Ramadan dan bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat.

Sementara itu, Nur Shuhada Kasim, 29, berkata dia telah menjangkak­an banjir berlaku kerana sebelum ini mereka sekeluarga telah

berdepan situasi sama beberapa bulan lepas.

Nur Shuhada berkata dia melihat air di kawasan rumahnya mula naik perlahan-lahan kira-kira 8 pagi dan kemudian segera membawa ibunya yang berusia

“Banjir hari ini kejadian kedua dihadapi kami (suami isteri) dalam tempoh empat bulan selepas Oktober lepas...pada masa itu saya sedang hamil”

69 tahun serta dua lagi anaknya berpindah ke PPS.

Suraya Unan, 54, pula berkata dia bergegas pulang ke rumah ibunya bagi membantu warga emas itu yang tinggal berseorang­an

untuk menyelamat­kan barangan berharga selepas dimaklumka­n kawasan rumah ibu dan adik beradik yang tinggal berhampira­n mulai dinaiki air.

“Saya meminta izin kepada majikan untuk pulang

membantu ibu memandangk­an adik beradik lain juga menghadapi keadaan sama (rumah dinaiki air). Kawasan di sini sememangny­a selalu dinaiki air, kali ini air naik hingga paras lutut,” katanya.

 ?? Nur Hijrah Jalaludin ?? KEADAAN rumah penduduk di Kampung Kilang Berapi yang mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak 5 Mac ketika tinjauan dilakukan di Merlimau, kelmarin.
Nur Hijrah Jalaludin KEADAAN rumah penduduk di Kampung Kilang Berapi yang mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak 5 Mac ketika tinjauan dilakukan di Merlimau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia