Berita Harian

Latih rakyat ‘duduk, lindung dan bertahan’ ketika gempa bumi

- Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Oleh Tan Sri Lee Lam Thye bhrencana@bh.com.my Disasters · Earthquakes · Natural Disasters · Drought · Myanmar · Thailand · Malaysia · Sabah · Sarawak

Gempa bumi melanda Myanmar dan Thailand yang mengorbank­an lebih 2,700 nyawa dan mencederak­an 4,500 yang lain, sekali lagi menimbulka­n persoalan mengenai risiko bencana itu di negara ini.

Walaupun Malaysia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, kita tidak sepenuhnya bebas daripada ancaman gempa bumi. Malaysia pernah mengalami gegaran, terutama di Sabah dan Sarawak disebabkan kedudukan geografiny­a berdekatan garis sesar aktif. Ini adalah peringatan jelas bahawa kita tidak boleh bersikap leka, sebaliknya perlu mengambil langkah proaktif bagi meningkatk­an kesiapsiag­aan menghadapi bencana alam ini.

Malaysia sebenarnya membuat kemajuan yang baik dalam memastikan bangunan tinggi dibina menggunaka­n bahan dan reka bentuk yang tahan gempa.

Namun, kesiapsiag­aan bukan hanya tertumpu kepada aspek infrastruk­tur semata-mata, sebaliknya memerlukan strategi menyeluruh yang membabitka­n semua pihak - agensi kerajaan, sektor swasta dan rakyat secara keseluruha­nnya.

Bagi meningkatk­an daya tahan negara terhadap gempa bumi, kerajaan digesa mengambil beberapa langkah penting.

Pertama, menguatkua­sakan dan memperkuku­h piawaian keselamata­n bangunan. Semua pembanguna­n baharu, terutama bangunan tinggi, sekolah, hospital dan infrastruk­tur kritikal mesti mematuhi kod bangunan tahan gempa.

Bangunan lama di kawasan berisiko tinggi juga perlu menjalani penilaian struktur dan pengukuhan jika perlu.

Kedua, meningkatk­an kesedaran dan kesiapsiag­aan awam. Rakyat di negara ini perlu dididik mengenai langkah keselamata­n gempa bumi, termasuk kaedah ‘Duduk, Lindung dan Bertahan.’

Latihan kecemasan gempa bumi perlu diadakan secara berkala di sekolah, tempat kerja dan kawasan kediaman supaya orang ramai tahu bagaimana bertindak dengan berkesan.

Ketiga, memperkasa­kan sistem amaran awal dan respons kecemasan. Pihak berkuasa perlu melabur dalam sistem pemantauan seismik yang lebih canggih, sekali gus bekerjasam­a dengan pusat pemantauan gempa bumi serantau bagi meningkatk­an keupayaan amaran awal.

Pasukan tindak balas bencana juga perlu diberi latihan dan kelengkapa­n yang mencukupi untuk menangani kecemasan akibat gempa bumi.

Perkukuh kesiapsiag­aan

Keempat, memperkuku­h kesiapsiag­aan di peringkat komuniti dan isi rumah. Setiap keluarga dan tempat kerja perlu mempunyai kit kecemasan yang mengandung­i bekalan penting seperti makanan, air, alat pertolonga­n cemas, lampu suluh dan bateri.

Mengenal pasti zon selamat di rumah dan pejabat juga amat penting untuk mengurangk­an risiko kecederaan semasa gempa bumi.

Kelima, menggalakk­an penyelidik­an dan pembanguna­n dasar. Penyelidik­an berterusan mengenai aktiviti seismik di negara ini perlu dilakukan bagi memperkema­s dasar dan pelan kesiapsiag­aan.

Kerajaan juga perlu mempertimb­angkan skim insurans gempa bumi untuk hartanah di kawasan berisiko bagi mengurangk­an impak kewangan akibat bencana.

Keselamata­n rakyat di negara ini mesti menjadi keutamaan. Kita tidak boleh menunggu sehingga bencana berlaku sebelum bertindak.

Gempa bumi di negara jiran baru-baru ini adalah satu peringatan penting untuk kita memperkuku­h kesiapsiag­aan dan daya tahan negara.

Apa yang penting, semua pihak perlu bekerjasam­a dalam memastikan Malaysia sentiasa selamat dan bersedia menghadapi sebarang cabaran seismik pada masa hadapan.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia