NADMA laksana 10 pembenihan di Johor, Kedah dan Perak
Kuala Nerus: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dijangka melakukan 10 pembenihan di Johor, Kedah dan Perak mulai hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembenihan awam itu akan dilakukan masing-masing di tiga lokasi iaitu di Johor, Kedah dan Perak.
Katanya, pembenihan awam bertujuan meningkatkan paras air di empangan Upper Layang, Pulai dan empangan Machap di Johor dijangka dilakukan bermula hari ini dan esok.
Katanya, pembenihan awam di Kedah iaitu di Empangan Pedu, Empangan Muda dan Ahning serta empangan Bukit Merah di Perak dilakukan pada Jumaat dan Sabtu ini.
“Kami akan melakukan pembenihan awam secara ulangan di Empangan Upper Layang, Empangan Pulai
dan Empangan Machap di Johor pada Ahad depan,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi NADMA menyampaikan ucapan Penggulungan Permukiman Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi 2026.
Turut hadir Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wan dan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, operasi pembenihan awam dilaksanakan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang semakin susut berikutan cuaca panas pada Musim Barat Daya (MBD).
Katanya, cuaca panas di tiga negeri itu dilaporkan pada tahap amaran.
“Kita tidak perlu menunggu cuaca panas pada tahap kritikal untuk melakukan operasi pembenihan awam,” katanya.