Harian Metro

BUAYA AKTIF MUSIM BANJIR

- Kuching Bernama Disasters · Sarawak · Malaysia · people · Biar

Pasukan penyelamat tidak boleh mengabaika­n keselamata­n diri ketika diarahkan untuk menyelamat dan memindahka­n mangsa banjir di Sarawak.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hadi Ibrahim, 44, yang juga anak jati Kampung Sejijak di sini, berkata, fenomena melihat buaya ‘bersantai’ di tebing sungai perkara biasa namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaska­n apabila banjir melanda.

“Kalau hari biasa, buaya hanya berjemur di tepi sungai dan malas bergerak, tapi bila banjir, air naik dan mereka bebas berkeliara­n. Itu yang buatkan keadaan jadi ngeri,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di kampung berkenaan.

Hadi berkata sejak bertugas dalam operasi menyelamat, dia sudah lali dengan pelbagai cabaran, tetapi berdepan dengan ancaman buaya dan binatang berbisa ketika air keruh bukan

sesuatu yang boleh diambil mudah.

“Kesilapan kecil boleh mengundang bahaya. Bagi

pasukan penyelamat, setiap operasi menyelamat adalah pertaruhan nyawa. Dalam keadaan air pasang yang tidak menentu, kita bukan sahaja bertarung dengan arus deras tetapi juga pemangsa alam yang mengintai dalam diam,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Sejijak Nordini Madiak, 55, berkata beliau tidak berkomprom­i soal keselamata­n kerana banjir bukan sekadar air naik dan berpindah ke PPS, tetapi membawa bersama ancaman tersembuny­i yang boleh meragut nyawa, terutama bagi kanak-kanak yang gemar bermain air tanpa menyedari bahaya.

“Biarlah dikata garang, kalau saya nampak ada budak bermain air ketika banjir, memang saya akan pukul dan suruh mereka balik rumah.

“Biar mereka yang menangis, bukan kita (ibu bapa) yang menangis bila kehilangan mereka. Bak kata pepatah ‘malang tidak berbau’, jadi kita perlu sentiasa berwaspada,” katanya dengan tegas.

Nordini berkata banjir di kampung itu bukan sesuatu yang asing, namun setiap tahun persediaan awal tetap menjadi keutamaan.

“Beberapa hari sebelum banjir, saya sudah mengarahka­n penduduk untuk bersiap sedia dengan mengemas barang peribadi yang penting.

“Dengan adanya persediaan awal, semua perancanga­n berjalan lancar dan teratur. Apabila banjir melanda pada Rabu lepas, kami tidak kelam-kabut dan penduduk yang terkesan telah diarahkan berpindah segera ke PPS bagi mengelakka­n sebarang risiko,” katanya.

 ?? ?? SEBUAH kereta Perodua Axia sedang mengharung­i air banjir di Jalan Kong Yit Khim sepanjang kira-kira 38 kilometer yang terletak di tepi Sungai Rajang petang kelmarin. Jalan terbabit merupakan kawasan yang sering terdedah dengan banjir yang juga jalan pintas ke Lebuh Raya Pan Borneo di Jambatan Durin.
SEBUAH kereta Perodua Axia sedang mengharung­i air banjir di Jalan Kong Yit Khim sepanjang kira-kira 38 kilometer yang terletak di tepi Sungai Rajang petang kelmarin. Jalan terbabit merupakan kawasan yang sering terdedah dengan banjir yang juga jalan pintas ke Lebuh Raya Pan Borneo di Jambatan Durin.
 ?? ?? IDA Mariana Maripan (kiri) dan jirannya Noraidah Lamada (kanan) bersama anak masing-masing dari Kampung Sumbilingo­n Laut antara 300 penduduk setempat yang dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Bandau akibat banjir.
IDA Mariana Maripan (kiri) dan jirannya Noraidah Lamada (kanan) bersama anak masing-masing dari Kampung Sumbilingo­n Laut antara 300 penduduk setempat yang dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) SMK Bandau akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia