Harian Metro

Rumah belum didiami dah dilanda banjir

- Weather · Disasters · Natural Disasters

Rumah belum didiami namun sudah dilanda banjir. Itu masalah yang berlaku di Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Felda Pasoh Dua di sini.

Pengerusi Pertubuhan 1 Silaturahi­m Anak Felda (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata PGBF itu sudah siap dibina, namun dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Beliau berkata, keseluruha­n 70 rumah PGBF di situ, berdepan masalah banjir dan sudah dua kali dilanda banjir pada bulan ini selain turut dilanda banjir pada bulan lalu.

“Ini yang merunsingk­an pembeli berikutan keseluruha­n 70 kediaman PGBF yang baru siap dibina itu berdepan banjir setiap kali hujan lebat.

“Terbaru adalah malam tadi (kelmarin). Secara umumnya perumahan ini mengalami banjir setiap bulan, terutama apabila hujan lebat,” katanya.

Mohammad Yahya yang juga generasi kedua Felda, berkata banjir yang berulang itu pasti merisaukan pembeli rumah yang sudah tidak sabar untuk mendiami kediaman itu.

Katanya, pemaju PGBF iaitu Felda sendiri mengetahui perumahan ini sangat berisiko mengalami banjir.

Menurutnya, walaupun beberapa tindakan sudah diambil seperti pembesaran longkang namun ia bagaikan tidak berkesan.

“Projek PGBF sebelum ini terbengkal­ai lama, namun akhirnya siap pada tahun 2024 dan majlis cabutan pemilihan pembeli juga sudah selesai dilakukan.

“Bagaimanap­un penyerahan kunci terpaksa ditangguhk­an sejak Oktober 2024 dan sehingga isu berisiko banjir ini tidak diselesaik­an, pembeli tidak senang hati untuk menerima unit rumah yang memang diketahui akan banjir apabila hujan lebat,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN rumah PGBF Felda Pasoh Dua yang dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
KEADAAN rumah PGBF Felda Pasoh Dua yang dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia