Berita Harian

Amaran hujan lebat tahap buruk di 6 negeri

- Weather · Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Malaysia · Terengganu · Jerantut · Kuantan · Rompin · Pahang · Langkawi · Pokok Sena · Kelantan · Kuala Terengganu · Pekan · Kuala Lipis · Temerloh · Hujan · Kota Setar · Padang Terap · Pendang · Baling · Kuala Kangsar

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada diramalkan melanda enam negeri hingga Khamis ini.

Metmalaysi­a dalam kenyataann­ya, memaklumka­n hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang sehingga hari ini.

Beberapa kawasan di Pahang membabitka­n Cameron Highlands, Lipis, Temerloh dan Bera, dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga hari ini.

Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka melanda seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah membabitka­n Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Perak turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis ini membabitka­n Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), dijangka berdepan cuaca sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia