Berita Harian

37,000 anggota pelbagai agensi urus banjir di Sabah, Sarawak

Orang ramai diminta bersedia dengan beg kecemasan, segera berpindah ke PPS apabila diarahkan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my Disasters · Sabah · Sarawak · Kuala Lumpur · Ahmad Zahid Hamidi · Kota Marudu

Kuala Lumpur: Lebih 37,000 anggota daripada pelbagai agensi dikerahkan bagi membantu pengurusan banjir di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebanyak 526 aset digunakan, termasuk 214 aset laut/sungai, 15 aset udara dan 269 aset sokongan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana

Pusat, berkata seramai 23,000 kakitangan agensi awam bertugas membantu mangsa banjir di Sarawak, manakala 14,209 orang di Sabah.

Setakat jam 5 petang semalam, katanya, 12,862 daripada 3,771 keluarga masih berada di 65 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Sarawak.

Ahmad Zahid berkata, proses pendaftara­n dan pengesahan mangsa banjir dipermudah dan disegeraka­n bagi mengelakka­n kelewatan pembayaran Bantuan Wang Ihsan.

“Saya akan meminta pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) supaya terus memantau tahap kesiapsiag­aan semua agensi terbabit di semua peringkat untuk menghadapi bencana,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan bersedia dengan beg kecemasan dan segera berpindah ke PPS apabila diarahkan.

“Pusat Kawalan Bencana Negara

yang beroperasi 24 jam setiap hari akan sentiasa memantau dan melaporkan keadaan semasa,” katanya.

Pulih daripada banjir Kota Kinabalu

BERNAMA melaporkan, Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytihar­kan pulih daripada banjir semalam dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu dibenarkan pulang.

Pengisytih­aran itu dibuat Pegawai

Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara; Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton dan Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetony. Mereka ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah masing-masing.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendengar taklimat mengenai banjir ketika melawat PPS Kampung Segedup, Kuching, semalam.
(Foto BERNAMA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendengar taklimat mengenai banjir ketika melawat PPS Kampung Segedup, Kuching, semalam.
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Anggota APM Sarawak memindahka­n mangsa terjejas banjir di kawasan Tubau, Bintulu.
(Foto ihsan APM) Anggota APM Sarawak memindahka­n mangsa terjejas banjir di kawasan Tubau, Bintulu.
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Anggota APM membantu mangsa banjir di Kota Marudu, kelmarin.
(Foto ihsan APM) Anggota APM membantu mangsa banjir di Kota Marudu, kelmarin.
 ?? (Foto ihsan APM Sarawak) ?? Keadaan banjir di kawasan Serian, Sarawak.
(Foto ihsan APM Sarawak) Keadaan banjir di kawasan Serian, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia