Berita Harian

2 sekolah terjejas bah dibuka semula selepas cuti raya

- Bullying · Education · Society · Johor Bahru · Batu Pahat · Malaysian Ministry of Education · Tampoi · Kota Tinggi · Kluang

Johor Bahru: Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di Seelong, di sini yang terjejas banjir sejak Khamis lalu, melaksanak­an kaedah pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) sehingga esok.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata dua sekolah itu paling teruk terjejas dengan kerosakan dan anggaran kerugian lebih RM100,000.

Beliau berkata, pembelajar­an secara fizikal dijangka dimulakan di dua sekolah berkenaan selepas cuti persekolah­an sempena hari raya nanti.

“Lapan sekolah yang terjejas akibat banjir buruk sejak Khamis lalu. Namun, lima sekolah, iaitu SK Kampung Pulai dan SK Tampoi Utama di Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Jaya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa dan SK Bandar di Kota Tinggi serta SK Seri Perpat di Batu Pahat beroperasi secara fizikal semalam (kelmarin).

“Dua sekolah SK Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya ini tidak dapat beroperasi kerana banyak peralatan sekolah mengalami kerosakan teruk. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mengambil keputusan melaksanak­an PDPR untuk minggu akhir ini sebelum cuti hari raya.

“Dijangka dua sekolah akan beroperasi selepas cuti hari raya,

namun bergantung kepada kelengkapa­n sekolah sekiranya masih tidak boleh digunakan, PDPR akan disambung bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Mahasiswa Anak Johor di Ayer Molek, di sini kelmarin.

Aznan berkata, dua sekolah

berkenaan terjejas teruk terutama di tingkat satu yang menempatka­n kelas, makmal komputer, dataran perhimpuna­n serta kantin.

Katanya, pihaknya memaklumka­n kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM) berhubung kerosakan terbabit.

“Saya tak dapat anggaran jumlah kerugian tetapi anggaran kasar lebih RM100,000,” katanya.

Khamis lalu, Aznan memaklumka­n sesi pembelajar­an di 20 sekolah dalam daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan iaitu tujuh dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air dan 11 terputus hubungan.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Aznan (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Mahasiswa Anak Johor di Ayer Molek, kelmarin.
(Foto Omar Ahmad/bh) Aznan (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada Mahasiswa Anak Johor di Ayer Molek, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia