Harian Metro

4 lokasi risiko cerun runtuh

1,000 penduduk Orang Asli kaum Temiar di Pos Tuel rayu segerakan baik pulih

- Oleh Paya Linda Yahya am@hmetro.com.my Gua Musang Disasters · people

Kejadian banjir besar yang berlaku 10 tahun lalu menjadi mimpi ngeri buat penduduk Orang Asli Pos Tuel di sini apabila terkandas dan terputus bekalan makanan berikutan cerun runtuh serta hakisan tanah.

Penduduk mendakwa kini terdapat empat kawasan sepanjang laluan dari Pos Hendrop ke Pos Tuel berisiko mengalami hakisan bukit dan cerun runtuh sekiranya hujan berterusan ketika musim tengkujuh.

Justeru, lebih 1,000 penduduk Orang Asli kaum Temiar yang tinggal di Pos Tuel di sini, merayu supaya pihak berwajib dapat menyelengg­ara dan baik pulih kawasan cerun terbabit.

Menurut penduduk Pos Tuel, Abang Along, 52, hampir setiap tahun penduduk di kawasan pedalaman itu berhadapan kejadian cerun runtuh sehingga menyebabka­n mereka terputus hubungan pada musim tengkujuh.

Katanya, kejadian hakisan dan tanah runtuh kerap berlaku selepas bencana banjir besar pada 2014.

“Sehingga kini penduduk

Kami mohon pihak berkaitan tolong pantau keadaan cerun Abang Along

masih trauma dengan kejadian runtuhan tanah ketika banjir apabila kami terkandas serta terputus bekalan makanan kerana tidak dapat ke bandar.

“Sekarang ini jika hujan turun berterusan selama seminggu akan mengakibat­kan tanah runtuh. Kami mohon pihak berkaitan tolong pantau keadaan cerun di kawasan laluan kampung kami sebelum berlaku

bencana tidak diingini,” katanya ditemui di Pos Tuel di sini.

Penghulu Kampung Hanir, Pos Tuel, Razak Rongging berkata, setiap kali musim tengkujuh, penduduk

Orang Asli yang menggunaka­n jalan dari Pos Hendrop ke Pos Tuel itu berasa tidak selamat apabila diancam hakisan dan cerun runtuh.

“Apabila berlaku tanah runtuh kami susah hendak ke bandar Gua Musang dan menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Hendrop kerana ia satu-satunya laluan utama keluar dari perkampung­an ini.

“Apabila cuaca hujan kami juga rasa tidak selamat untuk melaluinya kerana bimbang berlaku hakisan atau runtuhan tanah secara tiba-tiba,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mengakui setiap tahun kawasan penempatan Orang Asli seperti Tanah Tinggi Lojing dan pos pedalaman terdedah ancaman hakisan bukit dan cerun runtuh.

Katanya, ada beberapa lokasi hotspot tanah runtuh seperti di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Pos Tuel dan Pos Balar.

“Antara kawasan hotspot ialah di jalan Gua Musang-Lojing, Pos Hendrop-Pos Tuel dan jalan masuk ke Pos Balar iaitu Bukit Kelabu serta Bukit Pasir yang sering berlaku tanah runtuh,” katanya.

 ?? NSTP/PAYA LINDA YAHYA ?? KEADAAN cerun yang mengalami hakisan di laluan menuju ke Pos Tuel, Gua Musang. - Gambar
NSTP/PAYA LINDA YAHYA KEADAAN cerun yang mengalami hakisan di laluan menuju ke Pos Tuel, Gua Musang. - Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia