Harian Metro

Pelan mitigasi bah

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my Klang Hassanal Bolkiah · Klang · Malaysia · Sharafuddin of Selangor · Shah Alam · Kapar · Meru · Pekan · Damansara

Penubuhan Pasukan Petugas Khas oleh kerajaan negeri yang membabitka­n pelbagai agensi termasuk Kerajaan Persekutua­n membolehka­n pelan dan usaha mitigasi bencana banjir dapat dilihat dalam konteks lebih menyeluruh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pentadbira­n beliau menerima dengan hati terbuka berhubung teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang menitahkan langkah segera diambil untuk mengatasi banjir di negeri itu.

“Teguran Tuanku sebenarnya menzahirka­n betapa prihatinny­a Tuanku terhadap nasib rakyat dan negeri Darul Ehsan supaya tidak mengalami nasib seperti di negeri lain.

“Patik menyatakan komitmen untuk mempercepa­tkan proses pelaksanaa­n usaha ini supaya mengelakka­n kelewatan yang sebelum ini sering kali berlaku akibat budaya bekerja dalam silo di peringkat agensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sembah ucapan taat setia pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam.

Terdahulu, keberangka­tan Sultan Sharafuddi­n ke Balairung Seri Istana Alam Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Khamis lalu melaporkan, Sultan Selangor menitahkan agar kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah banjir termasuk merangka satu pelan dan membentuk pasukan khas.

Baginda turut bertitah mahu melihat hasil dalam masa terdekat dan tidak mahu mendengar lagi apa-apa alasan jika gagal mengatasi masalah yang melanda.

Amirudin turut menekankan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar tidak melengahka­n masa dalam menggerakk­an usaha berkaitan sama ada dalam bentuk projek pendalaman sungai ataupun pelebaran saliran, kolam takungan dwi-fungsi.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya RM1.774 bilion diperuntuk­kan iaitu RM574.5 juta di Daerah Klang bagi Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Klang; Seksyen 25, Shah Alam; Sungai Kapar; Sungai Rasah; Pekan Meru, Sungai Rasau. Katanya, selain itu, sejumlah RM1.2 bilion bagi Daerah Petaling iaitu

Sebanyak RM1.774 bilion diperuntuk­kan iaitu RM574.5 juta di Daerah Klang

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damansara serta Kolam Takungan Dwi-Fungsi bagi Sungai Klang dan Sungai Rasau.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, kerajaan Selangor mencatat kutipan hasil berjumlah RM2.593 bilion sehingga 9 Disember lalu.

Katanya, kutipan berkenaan melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini iaitu pada RM2.2 bilion.

“Sukacitany­a patik ingin menyembah maklum bahawa pembanguna­n ekonomi Negeri Selangor di bawah kerajaan Tuanku terus meningkat.

“Pada tahun lalu, sumbangan Negeri Selangor Darul Ehsan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terus meningkat kepada 25.9 peratus sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri pertama di Malaysia yang mencatatka­n nilai tahunan ekonomi melebihi RM400 bilion, iaitu sebanyak RM406.1 bilion pada tahun 2023,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia