Harian Metro

Jumlah mangsa berlindung di PPS Kelantan, Terengganu meningkat

- Disasters · Kelantan · Terengganu · Machang · Kuala Terengganu · Tanah Merah · Kuala Krai · Rantau Panjang

Lumpur: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi semalam semakin buruk dengan peningkata­n jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 882 orang setakat pukul 8 pagi semalam, melibatkan 267 keluarga di 19 PPS berbanding 482 mangsa malam kelmarin.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Tanah Merah mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 633 orang daripada 208 keluarga di 13 PPS, diikuti Kuala Krai 165 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS.

Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati paras Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.11 meter (bahaya 9.0 meter).

Dua sungai di Tanah Merah dicatatkan berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob pada paras 23.16 meter (amaran 22.5 meter) dan Sungai Sokor pada paras 22.49 meter (amaran 21.0 meter).

Di Terengganu pula jumlah mangsa meningkat kepada 651 mangsa daripada 177 keluarga pagi semalam berbanding 112 orang daripada 37 keluarga malam kelmarin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri

Terengganu (JPBNT) memaklumka­n Hulu Terengganu mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 412 orang daripada 111 keluarga, diikuti Besut (228 mangsa, 61 keluarga) dan Kemaman (11 mangsa, lima keluarga).

Kesemua mereka kini ditempatka­n di 17 PPS dan trend jumlah mangsa masih menunjukka­n peningkata­n susulan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu.

Sementara itu, semakan di portal Public InfoBanjir menunjukka­n hanya stesen Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) daerah Hulu Terengganu mencatatka­n tahap bahaya iaitu 20.89 meter.

Selain itu, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras amaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia