Berita Harian

RM22 bilion laksana Rancangan Tebatan Banjir

- Disasters · Ahmad Zahid Hamidi · Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Kerajaan menyediaka­n dana RM22 bilion bagi melaksanak­an Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jumlah itu merangkumi kawasan yang sedang dikenal pasti untuk pelaksanaa­n projek itu bagi atasi masalah banjir pada masa depan.

“Dengan berlakunya pemanasan global dan perubahan iklim, kita berterima kasih kerana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi beberapa unjuran berdasar kawasan dijangka mengalami masalah banjir.

“Kerajaan mengambil beberapa langkah proaktif untuk melaksanak­an RTB. Di seluruh negara sejumlah RM22 bilion diperuntuk­kan untuk melaksanak­an RTB,” katanya selepas lawatan ke projek RTB Persekitar­an Kawasan Lido, di sini, semalam.

Yang hadir sama Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Mengenai RTB Persekitar­an Lido, Ahmad Zahid berkata, beberapa pakej projek bernilai RM800 juta itu sudah dilaksanak­an dan beberapa pakej dalam pembinaan bagi mengatasi banjir di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Mengulas mengenai kelewatan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu bukan disebabkan masalah kontraktor atau Jabatan Pengairan dan Saliran, tetapi membabitka­n pemindahan utiliti dan pengambila­lihan tanah.

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Ahmad Zahid meninjau kolam tadahan air projek RTB Persekitar­an Kawasan Lido, Kota Kinabalu, semalam.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Ahmad Zahid meninjau kolam tadahan air projek RTB Persekitar­an Kawasan Lido, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia