Berita Harian

Lereng Gunung Kinabalu runtuh

- Oleh Juwan Riduan Disasters · Kundasang · Malaysia · Ranau · Mount Kinabalu

Kejadian sebabkan air Sungai Mesilau jadi berlumpur bhnews@bh.com.my

Ranau: Satu kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang dilaporkan berlaku semalam.

Runtuhan lereng gunung itu dipercayai berlaku jam 1.20 pagi dan hanya disedari orang ramai pagi semalam.

Kejadian itu menyebabka­n air

Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.

Ia dikatakan hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu, pada Jun 2015.

Rakaman video tular

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd

Taib, berkata pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial, pagi semalam.

Susulan itu katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk menjalanka­n pemantauan.

“Pemantauan segera dijalankan berhampira­n runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampira­n selamat.

“Pemantauan turut dilakukan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kejadian berkenaan tidak membabitka­n kerosakan harta benda.

“Anggota terlibat masih menjalanka­n pemeriksaa­n berhampira­n lokasi runtuhan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia