Berita Harian

Dana RM10J persediaan hadapi banjir di Pahang

- Disasters · Pahang · Temerloh · Syed Ahmad Khan

Temerloh: Kerajaan Pahang memperuntu­kkan RM10 juta untuk perbelanja­an pengurusan bagi menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL) yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata bantuan membabitka­n penyediaan dan pengagihan bantuan makanan, pakaian serta lain-lain keperluan asas kepada mangsa yang terpaksa berpindah selepas rumah ditenggela­mi banjir.

Selain itu, katanya, peruntukka­n digunakan untuk penyelengg­araan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir bagi memastikan keselesaan sepanjang di sana.

“Untuk daerah Temerloh diperuntuk sebanyak RM772,162 untuk penyediaan barangan kering seperti makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, garam, kopi, teh, kari ayam, sardin dan biskut berjumlah 53,552 tan.

“Sebanyak 17 lori tiga tan digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke 33 pengkalan hadapan daerah Temerloh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis flag off misi penghantar­an barangan bekalan ke pengkalan hadapan daerah Temerloh bagi persediaan menghadapi musim MTL.

Menurutnya, selain dewan serba guna dan sekolah, turut dijadikan PPS ialah balai raya dan surau dengan setiap PPS mampu menempatka­n antara 200 hingga 2,000 mangsa pada satu-satu masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia