Harian Metro

Perak mula dilanda banjir

- Disasters · Malaysia · Terengganu · Tumpat · Kelantan · Golok River · Rantau Panjang · Bachok · Taiping · Kuala Kangsar · Pasir Puteh · Kinta District

Sebanyak 66 mangsa banjir daripada 30 keluarga ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama semalam selepas beberapa kawasan di daerah itu dinaiki air di sekitar

Perak.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumka­n semua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam kelmarin.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pula memaklumka­n paras air di Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak, Hulu Perak berada pada paras amaran iaitu setinggi 165.55 meter (m) berbanding paras normal 165.10m.

Pada masa sama, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) memaklumka­n kebanyakan daerah di Perak antaranya Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar serta Kinta diramalkan berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang serta malam.

Di Terengganu, keadaan banjir tidak berubah dengan 29 mangsa ditempatka­n di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, setakat 8 pagi semalam.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumka­n semua mangsa daripada enam keluarga itu masih lagi berlindung di Balairaya Padang Kemunting di Kemaman.

Menurut laman web publicinfo­banjir.water.gov.my paras air di Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih di Kemaman; Sungai Nerus di

Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit di Setiu; dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu di Hulu Terengganu, berada pada paras amaran dan menunjukka­n trend menaik.

Di Kelantan, dua sungai utama merekodkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga setakat 9 pagi semalam.

Berdasarka­n publicinfo­banjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatka­n bacaan 8.0 meter berbanding paras berjaga-jaga iaitu 7.0 meter dengan trend menaik, manakala Sungai Melor di Jambatan Bachok merekodkan 7.57 meter dengan trend menaik.

Sungai Semerak di Pasir Puteh pula menunjukka­n bacaan melebihi paras amaran iaitu 2.6 meter berbanding bacaan amaran 2.3 meter dengan trend menaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia