Harian Metro

Dua jalan utama terputus

- Disasters · Kelantan · Machang · Kota Bharu · Gua Musang

Fenomena banjir melanda Kelantan sejak kelmarin terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.

Insiden ini bukan sahaja melumpuhka­n pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatk­an risiko keselamata­n di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata dua jalan yang terputus ialah jalan Persekutua­n di FT 479 Jalan Kemuning–Bukit Belah dan jalan Negeri D16 Jalan Batu 30–Temangan akibat dinaiki air.

Beliau berkata kesemua jalan yang terputus itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berat dan ringan kerana kedalaman air kira-kira 0.8 meter.

“Dua kejadian tanah runtuh pula berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu–Gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah,” katanya.

Nik Soh berkata pengguna boleh menggunaka­n laluan alternatif dan melayari laman web https://bencana.jkr.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai situasi semasa, seperti jalan tutup dan tanah runtuh yang berlaku di kawasan terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia