Berita Harian

Metmalaysi­a jangka luruan monsun 5 hari bermula Selasa

- Weather · Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Sabah · China · Kelantan · Terengganu · Pahang · Malaysia · Penang · Putrajaya · Sarawak · South China Sea · Hujan

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a) menjangkak­an luruan monsun melanda beberapa negeri selama lima hari bermula Selasa ini.

Metmalaysi­a memaklumka­n keadaan itu berpotensi menyebabka­n hujan lebat berterusan di timur Semenanjun­g dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan, selain pada masa sama, angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Amaran Hujan Berterusan (waspada) juga sudah dikeluarka­n membabitka­n Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Condore dan Reef North turut berkuat kuasa pada tempoh yang sama.

“Orang awam adalah dinasihatk­an untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET

Malaysia serta memuat turun aplikasi mycuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Metmalaysi­a turut mengeluark­an amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di

Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarka­n di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain di Negeri Sembilan, Johor, Sabah serta Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia