Berita Harian

PBT diminta bantu NADMA kumpul maklumat kerugian premis

- Disasters · Kota Bharu · Kelantan · Kuala Krai

Kota Bharu: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumpul maklumat kerugian dialami premis bangunan atau kediaman akibat banjir.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata setakat ini kementeria­n itu belum memperoleh statistik kerugian dan masih mengumpul maklumat berkaitan.

“PBT telah diarahkan melihat ruang (bentuk) yang boleh kita bantu melalui KPKT dan kita turut berikan perhatian terhadap mangsa banjir.

“Pasukan kita telah bersiap sedia lebih awal, kesan masuk air ke premis atau kediaman adalah perkara biasa cuma apa-apa kerosakan itu perlu ada rekod yang sahih untuk dinilai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Turun Padang Operasi Monsun Timur Laut Kelantan, di sini semalam.

Sementara itu, Aiman Athirah turut mengingatk­an penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya berwaspada termasuk di Kuala Krai yang dijangka mengalami banjir bermula esok hingga Jumaat ini.

“Orang ramai perlu peka keadaan cuaca semasa dan berpindah lebih awal jika perlu,” katanya. BERNAMA

 ?? (Foto Siti Rohana Idris/bh) ?? Aiman Athirah menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir pada Program Lawatan Turun Padang Operasimon­sun Timur Laut Kelantan di Kota Bharu, semalam.
(Foto Siti Rohana Idris/bh) Aiman Athirah menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir pada Program Lawatan Turun Padang Operasimon­sun Timur Laut Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia