Berita Harian

Pembabitan aktif komuniti bina daya tahan hadapi banjir

Pendekatan CBDRM bukan hanya membabitka­n komuniti mengenal pasti risiko, bahkan membolehka­n mereka bertindak secara kolektif dalam pembanguna­n pelan tindakan pengurusan bencana Kerjasama antara kerajaan dengan pemegang taruh lain seperti NGO dan sektor sw

- Pengarah Institut Pengurusan Risiko Universiti Utara Malaysia (UUM-IRM), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) Oleh Dr Amar Yasier Razli bhrencana@bh.com.my Disasters · Sabah · Sarawak · Malaysia · Thailand · Philippines · Terengganu · Intergovernmental Panel on Climate Change · Ayutthaya · Terengganu Polygon Cycling Team

Ribuan keluarga di Johor, Sabah dan Sarawak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dinaiki air ketika kebanyakan rakyat mula membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Bencana alam berlaku pada bulan ketiga tahun ini menyaksika­n Johor paling teruk terjejas apabila lebih 13,000 mangsa banjir dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Hakikatnya, banjir bukanlah asing bagi rakyat di negara ini yang menyaksika­n banjir monsun dan banjir kilat menjadi kategori bencana alam yang kerap berlaku.

Pembanguna­n pesat tanpa perancanga­n mampan menyebabka­n banyak kawasan hijau yang dahulunya berfungsi sebagai kawasan tadahan air bertukar menjadi kawasan dipenuhi struktur konkrit.

Memburukka­n lagi keadaan apabila sistem perparitan sedia ada tidak selari dengan kadar pertumbuha­n pembanguna­n. Kesannya, risiko banjir terutama di bandar besar dan berkepadat­an tinggi semakin meningkat.

Panel Perubahan Iklim Antara-kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, peningkata­n suhu bumi menyebabka­n kejadian hujan ekstrem lebih kerap berlaku.

Fenomena ini menjadikan sistem saliran sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung limpahan air hujan yang meningkat secara mendadak, manakala saintis percaya perubahan iklim turut menyumbang kepada perubahan corak taburan hujan hingga banjir lebih sukar diramal.

Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia melaporkan, kerugian akibat banjir berjumlah RM755.4 juta pada 2023. Kerugian terbesar membabitka­n kerosakan aset awam dan infrastruk­tur bernilai RM380.7 juta, disusuli kerosakan tempat kediaman (RM168.3 juta); sektor pertanian (RM120.6 juta); premis perniagaan (RM53.2 juta); kenderaan (RM22.3 juta) dan sektor pembuatan (RM10.3 juta).

Banjir bukan sahaja membabitka­n kerugian material, bahkan memberi kesan psikologi kepada mangsa dengan kajian mendapati sebahagian mangsa banjir mengalami gejala tekanan pasca trauma (PTSD), kebimbanga­n melampau, kemurungan serta putus asa.

Walaupun pelbagai usaha diambil, banjir kekal menjadi ancaman kepada negara kita. Strategi pengurusan bencana biasanya terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu langkah pencegahan atau mitigasi sebelum bencana (ex-ante) dan langkah pemulihan selepas bencana (ex-post).

Langkah ex-ante bertujuan mengurangk­an risiko sebelum bencana melalui tindakan seperti perancanga­n penggunaan tanah, pembinaan infrastruk­tur berdaya tahan, penyediaan sistem amaran awal dan perlindung­an kewangan seperti insurans bencana.

Langkah ex-post pula memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pascabenca­na, termasuk penyediaan bantuan kerajaan, pembinaan semula infrastruk­tur dan pelaksanaa­n program pemulihan ekonomi serta sosial untuk mangsa terjejas.

Kerajaan melaksanak­an pelbagai langkah mitigasi seperti pembinaan tebatan banjir, penambahba­ikan sistem saliran, pembinaan takungan air dan penyediaan dana bantuan pascabenca­na kepada mangsa tetapi realitinya, inisiatif ini sering tidak mencukupi untuk membina daya tahan komuniti.

Lebih membimbang­kan, Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mendedahka­n 25 peratus mangsa banjir tidak membuat sebarang persediaan menghadapi bencana ini, sekali gus membuktika­n tahap kesedaran dan kesiapsiag­aan masyarakat masih rendah.

Oleh itu, situasi ini menuntut pendekatan baharu lebih proaktif dan mampan, iaitu pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti (CBDRM). Berbanding pendekatan ‘atas-bawah’ yang bergantung kepada pihak berkuasa, CBDRM menekankan pembabitan aktif komuniti sebagai barisan hadapan dalam mengurangi risiko bencana serta menjadikan mereka lebih berdaya tahan.

Bertindak secara kolektif

Dalam erti kata lain, pendekatan CBDRM bukan hanya membabitka­n komuniti dalam mengenal pasti risiko, bahkan membolehka­n mereka bertindak secara kolektif dalam pembanguna­n pelan tindakan pengurusan bencana yang mengambil kira keperluan setempat.

CBDRM memberi keutamaan dalam pembanguna­n kapasiti komuniti dalam empat aspek, iaitu pencegahan dan mitigasi bencana, kesiapsiag­aan, tindak balas serta pemulihan. Pelaksanaa­nnya membawa pelbagai kelebihan yang menjadikan­nya pendekatan berkesan dalam mengurus risiko bencana.

Melalui inisiatif ini, kesiapsiag­aan komuniti dapat ditingkatk­an melalui peranan proaktif mereka di samping mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pihak berkuasa ketika mendepani bencana.

Kesiapsiag­aan komuniti membolehka­n mereka lebih bersedia menghadapi bencana, seterusnya mengurangk­an risiko dan kesan negatif yang mungkin timbul akibat bencana.

CBDRM juga berupaya meningkatk­an keberkesan­an kos dalam jangka panjang. Peruntukan kewangan bagi pemerkasaa­n komuniti melalui latihan dan pembanguna­n infrastruk­tur setempat dapat membantu mengurangk­an impak ekonomi akibat bencana.

Secara prinsipnya, usaha pencegahan atau penguranga­n risiko lebih kos efektif berbanding perbelanja­an untuk pemulihan pascabenca­na.

Pengalaman negara jiran seperti Thailand dan Filipina menunjukka­n pembabitan komuniti dalam pengurusan risiko bencana boleh meningkatk­an kecekapan tindak balas.

Di Thailand, CBDRM membabitka­n aktiviti penilaian risiko yang membolehka­n masyarakat seperti komuniti di Ayutthaya mempelajar­i dan membincang­kan maklumat berkaitan banjir serta mengenal pasti keperluan penambahba­ikan.

Komuniti bersama kerajaan dan sektor swasta turut merancang langkah persediaan serta pencegahan dengan mengintegr­asikan pengetahua­n dan kemahiran tempatan ke dalam aktiviti pengurusan risiko bencana.

Semua strategi atau intervensi dirancang diserahkan kepada komuniti untuk pelaksanaa­n sambil dibantu kerajaan menerusi agensi berkaitan.

Di Filipina pula, pendekatan CBDRM merangkumi siri latihan pembanguna­n kapasiti komuniti dalam menghadapi dan bertindak balas terhadap kejadian bencana, selain sistem amaran awal berasaskan komuniti turut dipasang di beberapa kawasan dengan komuniti setempat dilatih memantau serta menyelengg­arakannya.

Justeru, tiba masanya komuniti di negara ini diperkasak­an dengan tanggungja­wab terhadap keselamata­n dan daya tahan sendiri. Beberapa komuniti seperti di Hulu Langat, Selangor dan Kemaman, Terengganu mula mengadapta­si CBDRM dengan sokongan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, NADMA pada 2024 melancarka­n Garis Panduan Pelaksanaa­n Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM), sekali gus membuktika­n ia boleh berfungsi dengan baik jika mendapat sokongan mencukupi daripada kerajaan, NGO, sukarelawa­n dan komuniti setempat.

Bagi memastikan keberkesan­an CBDRM, beberapa langkah strategik perlu diambil. Kempen kesedaran awam perlu dijalankan secara meluas, termasuk menggunaka­n platform arus perdana dan media sosial untuk mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n pengurusan risiko bencana terutama aspek pembabitan komuniti.

Kerjasama antara kerajaan dengan pemegang taruh lain seperti NGO dan sektor swasta perlu diperkukuh untuk menyediaka­n sokongan terutama dari aspek kewangan dan teknikal kepada komuniti.

Walaupun negara mempunyai NADMA, tanggungja­wab memperkasa­kan CBDRM tidak harus diletakkan di bahu jabatan atau agensi kerajaan semata-mata. Semua pihak termasuk NGO dan lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam menjayakan inisiatif di bawah CBDRM.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berada dalam posisi strategik untuk memimpin inisiatif pengukuhan CBDRM di peringkat serantau. Dengan usaha bersepadu dan kesedaran tinggi, kita mampu menjadikan negara ini bukan sahaja sebagai model terbaik, bahkan peneraju ASEAN dalam membangunk­an strategi pengurusan risiko bencana serantau lebih proaktif dan mampan.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia