Berita Harian

Naik taraf jalan selepas Monsun Timur Laut

- Disasters · Terengganu

Kerja menaik taraf jalan di kawasan rendah dan sering banjir di Terengganu akan dilaksanak­an selepas Monsun Timur Laut berakhir atau selepas Tahun Baharu Cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pejabat daerah sudah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya jalan rendah dimasukkan dalam perancanga­n terkini.

“Tindakan itu bagi mengurangk­an risiko laluan jalan ditenggela­mi air,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Kampung La, Hulu Besut, di sini semalam.

Katanya, Kementeria­n Kerja Raya menyediaka­n dana RM11.3 juta untuk membaiki jalan rosak akibat banjir di negeri ini.

“Kita juga akan melihat laluan sebelum ini tidak dinaiki air, tetapi kali ini ditenggela­mi banjir disebabkan faktor pembanguna­n serta kawasan takungan air di tambun dengan tanah hingga menimbulka­n masalah lain.

“Setiap pembanguna­n dijalankan ada kepentinga­n dari segi ekonomi dan perlu ada tindakan susulan untuk mengatasi masalah berkaitan.

“Sebagai contoh kawasan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika sebelum ini tiada pemasangan pembentung, perlu dipasang selepas ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia