Harian Metro

Sasar hujan di Empangan Air Itam, Teluk Bahang

- Weather · Water Security · Disasters · Ecology · Social Issues · Society · George Town · Penang · Royal Air Force · Malaysia · Air Itam · Teluk Bahang · Royal Malaysian Air Force

Georgetown: Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang yang dilakukan sejak kelmarin menyasarka­n hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan air (KTA) di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K Pathmanath­an, berkata operasi itu akan diselarask­an Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta dikendalik­an pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau memaklumka­n, dalam tempoh 1 Februari hingga 27 Februari lalu pihaknya hanya merekodkan taburan hujan masing-masing 45 milimeter (mm)di KTA Empangan Air Itam dan 71.5mm di KTA Teluk Bahang.

“Kapasiti efektif Empangan Air Itam ialah 37 peratus hari ini (semalam) berbanding 68.9 peratus pada 1 Januari lalu iaitu menyusut sebanyak 31.9 peratus. Manakala kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang ketika ini 79.6 peratus berbanding 95.4 peratus dalam tempoh sama.

“Oleh itu, sebarang jumlah hujan akan berguna kerana kami berusaha mempertaha­nkan rizab air mentah empangan ini sehingga musim hujan akan datang,” katanya semalam.

Pathmanath­an berkata,

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Nadma, TUDM, SPAN dan kerajaan negeri Pathmanath­an

berdasarka­n pemberitah­uan rasmi daripada Badan Kawal Selia Bekalan Air Pulau Pinang (BKSA) penjaduala­n dan pelaksanaa­n operasi pembenihan awan di negeri itu tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan.

Tambahnya, tahun lalu, operasi pembenihan awan yang dijalankan secara berturut-turut pada Mei dan

Jun menyumbang kepada sejumlah 30.5mm hujan di KTA Empangan Air Itam sekali gus membantu memastikan tiada krisis air di kawasan Air Itam pada 2023.

“Justeru, kami mengucapka­n terima kasih kepada Nadma, TUDM, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri atas maklum balas pantas mereka terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat awal bulan ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kapasiti efektif Empangan Air Itam terus mengalami penyusutan membimbang­kan dengan ia dijangka dapat bertahan dalam tempoh 32 hari.

Dalam pada itu, Pathmanath­an berkata, setakat hari ini, paras sungai Sungai Muda ialah 2.23 meter dengan PBAPP sedang mengabstra­k air mentah dari sungai berkenaan untuk menyokong pengeluara­n air optimum di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

“Sementara itu, kapasiti Empangan Muda dan Empangan Beris yang melepaskan air ke Sungai Muda dilaporkan masing-masing berada pada kapasiti 63.2 peratus dan 100 peratus,” katanya.

 ?? ?? OPERASI pembenihan awan di Pulau Pinang diselarask­an NADMA dan dikendalik­an TUDM. Foto ihsan PBAPP
OPERASI pembenihan awan di Pulau Pinang diselarask­an NADMA dan dikendalik­an TUDM. Foto ihsan PBAPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia