Harian Metro

‘Diterjah’ air setinggi dua kaki

Penduduk dakwa terdengar dentuman kuat susulan benteng takungan air Taman Sri Alam pecah

- Sungai Buloh Water Security · Disasters · Social Issues · Society · people · Whatsapp · Malaysia · Kuala Selangor

Penduduk terjejas akibat benteng takungan air Taman Sri Alam di Saujana Utama di sini yang pecah petang kelmarin mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk berhampira­n.

Hafifi Saleh, 38, berkata sebelum kejadian dia berada di luar rumah berbual bersama rakan dan ketika itu hujan sudah berhenti.

“Ketika berbual saya mendengar dentuman kuat dan melihat benteng takungan air runtuh dan air mengalir deras memasuki rumah saya dan rumah jiran.

“Saya kemudian bersama isteri dan anak saya masuk ke dalam pacuan empat roda untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Hafifi yang bekerja sendiri berkata dia tidak sempat menyelamat­kan apa-apa barangan dalam rumahnya berikutan kejadian berlaku amat pantas dan air yang deras.

“Air masuk ke dalam rumah setinggi dua kaki… banyak perabot dan barangan rosak,” katanya.

Seorang lagi penduduk Samsudin Adun, 49, berkata kejadian petang tadi (petang kelmarin) adalah yang kedua berlaku selepas kejadian pertama pada 2014 tetapi ketika itu tidak seteruk hari ini.

Ketika kejadian dia sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui kumpulan WhatsApp taman berkenaan.

“Ada jiran maklumkan benteng takungan air di depan rumah runtuh dan berlaku banjir kilat, saya dan keluarga bergegas pulang dan mendapati rumah dimasuki air setinggi dua kaki bagaimanap­un surut dalam 30 minit kemudian,” katanya.

Dia berharap pihak bertanggun­gjawab membaiki tembok berkenaan segera berikutan kawasan itu sering dilanda hujan lebat kerana Monsun Timur Laut. Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandara­n Kuala Selangor Maisarah Ismail berkata pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di kawasan runtuhan bagi mengelakka­n limpahan air berlaku lagi jika hujan lebat.

Beliau berkata dianggarka­n 10 rumah terjejas teruk dan pihaknya telah menasihati mangsa untuk berpindah tetapi penduduk memilih kekal berada di rumah memandangk­an air sudah surut dan mereka boleh melakukan kerja-kerja pembersiha­n.

“Kerja-kerja membersihk­an rumah yang terjejas dan sisa runtuhan akan dilakukan malam ini juga sebelum kerja membina benteng penghadang sementara dibuat,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataann­ya memaklumka­n pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang.

Benteng berkenaan pecah menyebabka­n air melimpah ke seluruh taman perumahan itu namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

 ?? ?? KEADAAN benteng takungan air bersebelah­an Taman Sri Alam yang pecah sehingga menyebabka­n banjir di kawasan Saujana Utama, Sungai Buloh. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH
KEADAAN benteng takungan air bersebelah­an Taman Sri Alam yang pecah sehingga menyebabka­n banjir di kawasan Saujana Utama, Sungai Buloh. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia