Berita Harian

Mangsa banjir di Pantai Timur berkuranga­n

- Otters · Disasters · Animals · Wildlife · Terengganu · Kota Bharu · Kelantan · Kuala Krai · Pahang · Rantau Panjang · Pasir Mas · Tanah Merah

Mangsa banjir di Pantai Timur berkuranga­n sedikit petang semalam, walaupun beberapa sungai masih melepasi paras bahaya.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu ialah 1,990 mangsa daripada 534 keluarga, iaitu di Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

Mereka berlindung di 26 di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi, Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin, berkata Dungun mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 953 mangsa daripada 268 keluarga di enam PPS.

Katanya, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatka­n di empat PPS di Hulu Terengganu seramai 299 mangsa, 639 (Besut) dan 99 (Setiu).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumka­n empat sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Dungun di Kuala Jengal yang mencatatka­n 21.51 meter, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.51 m),

Sungai Dungun di Kampung Jerangau (12.63 m) dan Empangan Puah di Hulu Terengganu (300.89 m).

Di Kota Bharu, jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 544 orang setakat jam 5 petang semalam berbanding 880 orang pada sebelah pagi.

Semua mangsa membabitka­n 150 keluarga itu ditempatka­n di 13 PPS di Pasir Puteh, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Sementara itu, laman web publicinfo­banjir.water.gov.my merekodkan tiga sungai melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.98 meter (m), diikuti Sungai Kelantan di Air Mulih, Pasir Mas (10.92m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob Tanah Merah (24.16m).

Di Kuantan, mangsa banjir di Pahang menurun iaitu 477 mangsa daripada 204 keluarga di dua PPS di daerah ini dan Rompin jam 4 petang semalam.

JPS memaklumka­n empat sungai di Pahang melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di Kuantan; Sungai Rompin, di Jambatan Kuantan-segamat, Rompin; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Sungai Golok melimpahi tebing di sekitar kawasan pekan di Pangkalan Haram Baung, Rantau Panjang.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Sungai Golok melimpahi tebing di sekitar kawasan pekan di Pangkalan Haram Baung, Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia