Harian Metro

13 bukit lokasi pindah kecemasan

- Oleh Paya Linda Yahya am@hmetro.com.my Gua Musang Disasters · Gua Musang

Sebanyak 13 bukit dikenali pasti sebagai lokasi perpindaha­n kecemasan penduduk, sekiranya banjir besar berlaku yang menyebabka­n Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tenggelam.

Ketua Jajahan Gua Musang yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Nik Raisnan Daud berkata, inisiatif itu mengambil iktibar daripada bah besar berlaku pada 2014 yang menyebabka­n penduduk terpaksa menyelamat­kan diri di atas bukit dan ada antaranya terputus bekalan makanan.

“Antara lokasi yang dikenal pasti di Kampung Batu Papan, Lebir, Kampung Limau Kasturi dan Aring. Ketika kejadian banjir besar yang berlaku 10 tahun lalu di luar jangka dan kita tidak ada persiapan awal.

“Jadi di lokasi yang sudah dikenali pasti ini, pihak kami menyediaka­n pelbagai kelengkapa­n untuk kegunaan mangsa banjir termasuk makanan, peralatan memasak, lampu suluh, tali dan khemah,” katanya semalam.

Nik Raisnan berkata, lokasi semua bukit itu akan dihebahkan ketika solat Jumaat dengan bantuan penggawa dan penghulu apabila tiba masanya.

Dalam masa sama katanya, beliau meminta semua

masjid dan surau mengadakan solat hajat mendoakan tidak berlaku musibah besar pada Monsun Timur Laut ini.

“Kesiapsiag­aan kita bagi

menghadapi musim tengkujuh yang dijangka banjir basar sudah bermula awal dan pada bulan lalu kami menganjurk­an program simulasi banjir yang membabitka­n

semua agensi keselamata­n.

“Selain terdapat lima bot daripada pelbagai agensi, terdapat juga 25 bot persendiri­an sudah didaftarka­n

sebagai persediaan banjir di daerah ini,” katanya meminta semua penduduk terutama di kawasan rendah supaya berwaspada dan peka.

 ?? ?? NIK Raisnan (kanan) meninjau persiapan menghadapi banjir di Gua Musang. - Gambar NSTP/ PAYA LINDA YAHYA
NIK Raisnan (kanan) meninjau persiapan menghadapi banjir di Gua Musang. - Gambar NSTP/ PAYA LINDA YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia