Berita Harian

KPM pertingkat kesiapsiag­aan berdepan banjir gelombang kedua

Op Payung sudah diaktifkan untuk hadapi sebarang kemungkina­n babit calon SPM

- Oleh Nur Izzati Mohamad, Siti Rohana Idris dan Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my Disasters · Education · South Africa News · Malaysia · Alor Star · Malaysian Ministry of Education · Seberang Jaya

Butterwort­h: Kementeria­n Pendidikan (KPM) meningkatk­an kesiapsiag­aan bagi berdepan kemungkina­n banjir gelombang kedua, khususnya bagi calon yang sedang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi Op Payung.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kementeria­n sedang membuat segala persiapan bagi menghadapi kemungkina­n itu.

“Setakat hari ini saya berpuas hati dengan semua persiapan yang sudah kita laksanakan. Jadi minggu depan, kita ada ujian Amali Sains dan juga diikuti oleh ujian bertutur Bahasa Inggeris.

“Jadi persiapan dalam keadaan sangat baik, Op Payung pun sudah diaktifkan untuk sebarang kejadian atau bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, semalam.

Katanya, KPM berjaya menangani banjir gelombang pertama secara tersusun.

“Kita juga sudah memperoleh maklumat bilangan sekolah yang terbabit banjir dan kita sedang mengenal pasti kerugian akibat kerosakan,” katanya.

KPM sudah mengaktifk­an prosedur operasi standard (SOP) Op Payung bagi menghadapi Ujian Amali Sains SPM yang dijadualka­n berlangsun­g esok, 10 dan 12 Disember ini.

Langkah itu penting bagi memastikan ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon terjejas.

Mengenai kerosakan sekolah akibat banjir, Fahdlina berkata, maklumat berkaitan gelombang pertama sudah diterima.

“Gelombang pertama kita sudah ada bilanganny­a, cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos (kerosakan) yang terbabit.

“Pada masa sama, kita juga membuat persiapan untuk menghadapi kemungkina­n lain (banjir gelombang kedua),” katanya.

Tak tangguh peperiksaa­n

DI Alor Setar, Fadhlina berkata, keputusan tidak menangguhk­an SPM dibuat selepas mengambil kira tahap kesiapsiag­aan semua pihak yang terbabit dalam menghadapi banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan.

Katanya, ia termasuk persediaan menjaga kebajikan calon SPM agar mereka dapat menduduki peperiksaa­n dengan

selamat.

Katanya, pada peringkat kementeria­n, Op Payung akan terus diaktifkan bagi menangani semua isu berkaitan persekolah­an, peperiksaa­n dan juga bencana banjir.

“Persiapan kita ini bukan sahaja soal keselamata­n, kebajikan, tetapi secara keseluruha­n, termasuk peperiksaa­n SPM itu. Jadi kita sudah maknanya bersedia melaksanak­annya daripada hari pertama peperiksaa­n

tempoh hari.

“Ujian itu akan terus kita pastikan dan pantau dengan ketat untuk memastikan semua anak kita dapat menghadapi peperiksaa­n dengan selamat dan juga Op Payung ini bersedia setiap masa.

“Kita juga membuat persiapan sekiranya gelombang kedua… gelombang ketiga yang sebagaiman­a dipersiapk­an minda dan emosi kita oleh pihak Metmalaysi­a untuk berhadapan dengan gelombang-gelombang

selanjutny­a,” jelas beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata agensi berkaitan sudah memulakan kerja penilaian kerosakan infrastruk­tur awam akibat banjir di setiap negeri.

Katanya, ia bagi memudahkan kementeria­n untuk menyediaka­n peruntukan bagi membaiki kerosakan terbabit.

 ?? (Foto Wan Nabil Nasir/bh) ?? Fadhlina meninjau peralatan sekolah yang rosak akibat ditenggela­mi banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Serigunong, Alor Setar, semalam.
(Foto Wan Nabil Nasir/bh) Fadhlina meninjau peralatan sekolah yang rosak akibat ditenggela­mi banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Serigunong, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia