Berita Harian

Banjir beri impak kepada bekalan beras tempatan

KPKM akui negara kehilangan 5.3 juta pek 10kg kampit beras begitu saja

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim, Saadiah Ismail dan Amir Hamzah Nordin bhnews@bh.com.my Disasters · Kuala Lumpur · Kyrgyzstan · Dewan Rakyat · Che Guevara · Ministry of Health · Lima · Joseph Kurup · Pedro Pablo Kuczynski · Dzulkefly Ahmad

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) mengakui banjir yang melanda beberapa negeri mengakibat­kan negara berdepan kesan besar terutama dengan kehilangan potensi hasil membabitka­n penghasila­n beras.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata berdasarka­n statistik kementeria­n, negara direkodkan kehilangan potensi hasil 5.3 juta pek beras 10 kilogram (kg), setakat ini.

Beliau berkata, keadaan itu sekali gus memberi impak kepada bekalan beras putih tempatan.

“Perlu diambil maklum, tahun ini bencana sangat luar biasa dan ia memang ada membawa kesan kepada bekalan beras putih tempatan dalam negara kita.

“Setakat ini, kita kehilangan 5.3 juta pek 10kg kampit beras dalam pasaran... lenyap begitu sahaja akibat banjir yang melanda negara kita,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Pn-besut) mengenai keberkesan­an inisiatif dilaksanak­an KPKM bagi menangani isu kekurangan bekalan BPT.

Sementara itu, Arthur berkata, KPKM menyediaka­n Tabung Bencana Tanaman Padi untuk memberikan bantuan kepada pesawah bagi mengurangk­an kerugian dialami mereka susulan kejadian banjir.

Katanya, peruntukan RM30 juta disediakan KPKM bagi tujuan bantuan pembaikan infrastruk­tur musnah akibat banjir, tahun ini.

“Pesawah layak menerima bantuan RM1,800 per hektar untuk maksimum tiga hektar, bergantung keluasan yang musnah.

“Selain itu, kaedah baharu iaitu Agrobank Skim Takaful Tanaman Padi dengan pesawah boleh mohon bantuan sehingga RM3,000 per musim, juga sudah dilancarka­n Oktober lalu,” katanya.

Mengenai usaha menangani isu kekurangan bekalan BPT, Arthur berkata kementeria­n sudah menambah empat langkah reformasi institusi dan industri padi beras sebagai fokus utama, sekali gus melipatgan­dakan program

Gelombang Padi, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Ia membabitka­n pemisahan kuasa dan fungsi institusi pengurusan industri padi beras serta pengenalan peraturan larangan percampura­n BPT dan beras putih import, selain memperkuku­h kawal selia penguatkua­saan serta memantapka­n tadbir urus Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementeria­n mengesan enam jenis penyakit bawaan air dihidapi oleh mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif, setakat kelmarin di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata seramai 7,853 daripada 34,503 mangsa banjir disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh pasukan kesihatan yang ditempatka­n di setiap PPS.

Katanya, sebanyak 7,304 mangsa banjir disahkan menghidap jangkitan pernafasan akut, gastroente­ritis akut (3,170), radang mata (197), cacar air (20), penyakit tangan, kaki dan mulut (13) dan COVID-19 (dua).

“Bagi pesakit COVID-19, KKM mempunyai garis panduan untuk menanganin­ya daripada merebak dan kami sudah mengasingk­annya,” katanya.

Enam bot tenggelam

Di Jerantut, kejadian kepala air yang membawa arus sangat deras menenggela­mkan enam bot milik ahli Persatuan Gabungan Perkhidmat­an Bot Taman Negara (PGPBTN) Kuala Tahan, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Lima bot bersama dengan enjinnya dan sebuah tanpa enjin itu tenggelam sekelip mata itu adalah bot sering digunakan untuk menjalanka­n perkhidmat­an bot penambang dan nelayan sungai.

Ahli PGPBTN, Ismaiza Zawawi, berkata dia dimaklumka­n kejadian itu oleh rakannya memberitah­u perahu diguna untuk menangkap ikan sudah tenggelam akibat arus kepala air berikutan kenaikan paras Sungai Tembeling.

“Saya terus bergegas ke sungai untuk melihat tempat perahu yang saya tambat, tetapi mendapati perahu itu tenggelam bersama enjin dan peralatan menangkap ikan,” katanya.

Penduduk Kuala Tahan, Zaimi Hasan berkata, dipercayai kepala air berlaku disebabkan hujan berterusan kira-kira 24 jam di kawasan ulu sungai.

“Pertembung­an air sungai Tembeling dan Sungai Sepial menyebabka­n paras air Sungai Tembeling yang melalui Kuala Tahan turut meningkat dan membawa arus deras,” katanya.

Di Pasir Mas, lebih 50 penduduk membabitka­n tiga kampung di Mukim Teresek, di sini berputih mata dan mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas lebih 700 ekor binatang ternakan terutama lembu dan kambing mereka mati ketika gelombang banjir pertama, baru-baru ini.

Ia membabitka­n lebih 300 ekor lembu, 200 ekor kambing dan selebihnya adalah itik.

Penduduk mendakwa, keseluruha­n kampung berkenaan ditenggela­mi air dan tiada tempat selamat menyebabka­n binatang ternakan mereka gagal diselamatk­an.

Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JPKKP) Mukim Teresek, Norisham Mustafa, berkata banjir baru-baru ini menenggela­mkan ketiga-tiga kampung iaitu Kampung Serongga, Kampung Teresek dan Seberang Merbau.

Katanya, paras air mencecah lebih dua meter dan hampir keseluruha­n kampung hanya nampak bumbung bagi yang dua tingkat manakala bagi yang setingkat terus tenggelam.

“Disebabkan banjir teruk itu menyebabka­n ratusan binatang ternakan tidak dapat diselamatk­an dan mati akibat banjir.

“Ratusan lembu, kambing dan itik tidak dapat diletakkan di tempat tinggi memandangk­an seluruh kawasan ini tenggelam terus.

“Susulan itu, penduduk berputih mata dan kerugian hampir RM100,000,” katanya ketika ditemui di Kampung Serongga, di sini, semalam.

 ?? (Foto ihsan PGPBTN Kuala Tahan) ?? Antara dua bot yang tenggelam bersama enjin dalam kejadian kepala air di Sungai Tembeling berdekatan Kuala Tahan, Jerantut.
(Foto ihsan PGPBTN Kuala Tahan) Antara dua bot yang tenggelam bersama enjin dalam kejadian kepala air di Sungai Tembeling berdekatan Kuala Tahan, Jerantut.
 ?? (Foto fail NSTP) ?? Banjir yang melanda negara memberi kesan besar kepada penghasila­n beras tempatan.
(Foto fail NSTP) Banjir yang melanda negara memberi kesan besar kepada penghasila­n beras tempatan.
 ?? ?? Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia