Harian Metro

‘Kelam-kabut atap terbang’

Mangsa bencana ribut di Kampung Melayu Subang trauma siling rumah ranap

- Oleh A’qilah Riduan bhnews@bh.com.my Sungai Buloh Shah Alam · Shah Alam City Council · Sungai Buloh

“Saya terkejut tiba-tiba atap diterbangk­an angin dan siling pecah. Banyak barang tak sempat diselamatk­an termasuk barang persekolah­an” kata mangsa bencana ribut, Nur Zulaikha Mohd Khairul Syazuan, 16.

Zulaikha yang ketika itu mengemas barang untuk persediaan sekolah yang bermula semalam meluahkan perasaan traumatik yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Kejadian ini tidak pernah lagi berlaku sebelum ini, jadi saya terkejut. Sewaktu syiling pecah, saya terus tutup suis bekalan elektrik.

“Saya terus ambil adik yang lain dan tutup mereka dengan selimut sehingga jiran panggil pergi ke rumahnya untuk berteduh sementara waktu,” kata anak sulung daripada enam beradik itu ketika ditemui di sini, semalam.

Adiknya, Nur Zubaidah Mohd Khairul Syazuan, 13, turut merasai pengalaman traumatik yang dialaminya susulan kejadian itu.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang menggosok pakaian sekolah untuk esok (hari ini), tiba-tiba air masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang basah.

“Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut. Kakak saya menyuruh saya menadah air menggunaka­n baldi dan menyelamat­kan barangan penting yang

mana sempat ” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang.

Sementara itu, ibu kepada tiga anak, Noraimi Ab Shatar, 38, berkata aktiviti dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) dapat mengisi masa lapang anaknya yang masih trauma dengan kejadian kelmarin.

“Anak saya yang paling

kecil ini yang rasa trauma dan takut dengan kejadian semalam. Kalau nak pergi mana-mana pun sekarang kena berteman.

“Jadi dengan adanya aktiviti mewarna dan melukis ini dapat membantu mereka untuk lupa seketika perkara yang berlaku,” katanya.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatka­n

Sebelum kejadian itu, saya sedang menggosok pakaian sekolah untuk, tiba-tiba air masuk ke dalam rumah dan banyak barang yang basah”

Nur Zubaidah

di PPS di Dewan Resak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa kawasan di Parlimen Sungai Buloh, khususnya Kampung Melayu Subang dan Subang Perdana, dilanda ribut sehingga mengakibat­kan kerosakan kepada rumah penduduk, harta benda dan kemudahan awam.

 ?? ?? PENDUDUK membetulka­n kembali bumbung rumah selepas kejadian ribut di Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
PENDUDUK membetulka­n kembali bumbung rumah selepas kejadian ribut di Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia